Connect with us

Berita Lain

Anwar gembira Dr Mahathir turun berkempen

Datuk Seri Anwar Ibrahim gembira apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun berkempen untuknya dalam PRK di Port Dickson Foto Bernama

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau
gembira apabila dimaklumkan bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan
berkunjung ke Port Dickson bagi berkempen untuknya dalam pilihan raya kecil di
Port Dickson.
Anwar yang juga calon Pakatan Harapan  berkata kesudian Dr Mahathir itu adalah satu
petanda baik, bukan hanya untuk dirinya tetapi juga untuk seluruh rakyat Port
Dickson.
“Ia penting sebab Tun Dr Mahathir ini sebagai perdana
menteri daripada dulu saya ingat, saya sebagai timbalan perdana menteri, dia
tidak pergi berkempen pilihan raya kecil.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kalau ada pilihan raya kecil dia serah kepada orang
bawahannya daripada timbalan perdana menteri sehingga pemimpin bawah yang akan
pergi kempen dan dia tumpu (kepada negara),” katanya ketika berucap pada majlis
Sembang Santai Usahawan Desa dan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia, di Port
Dickson hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Anwar berkata, kehadiran Dr Mahathir itu dilihat akan
memberi semangat kepada pengundi Port Dickson untuk menyokong calon HARAPAN dan
berharap pemimpin utama negara itu dapat memberi jaminan untuk membantu mereka.
Dr Mahathir hari ini dilaporkan berkata bahawa beliau akan
turun berkempen di Port Dickson bagi membantu Anwar pada 8 Okt ini.
Dr Mahathir selaku pengerusi Pakatan Harapan menjelaskan
keputusan untuk turun berkempen itu sekali gus menepis dakwaan bahawa
hubungannya dengan bakal presiden PKR merangkap bakal perdana menteri kelapan
itu dingin.
Sementara itu, Anwar dalam ucapannya juga berkata sambutan
masyarakat tempatan terhadapnya sepanjang tempoh kempen yang memasuki hari
ketujuh hari ini sangat baik dan beliau berasa sangat terkesan dengan sokongan
yang ditunjukkan mereka.
“Saya mahu jadikan Port Dickson sebagai kampung halaman saya
sendiri, jadi kawan-kawan daripada orang Melayu, Cina, India yang saya tengok
sambutan dari zahirnya saya cukup terkesan sebab mereka baik sangat.
“Saya dalam politik ini tidak suka formal sangat, saya lebih
suka orang terima saya sebagai ahli keluarga dan saya tengok semangat
kekeluargaan itu ada di Port Dickson,” katanya.
Turut bertanding pada PRK itu ialah calon bebas, bekas
menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, bekas pembantu
peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, personaliti media sosial Stevie Chan
Kee Leong, pakar perunding pengurusan Kan Chee Yuen, bekas pensyarah universiti
swasta Lau Seck Yan, dan Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dari PAS.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk
Danyal Balagopal Abdullah, pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan Anwar yang
baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan
kembali ke Dewan Rakyat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal,
68, memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk
V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada
13 Okt ini, manakala pengundian awal pada 9 Okt.
Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar
yang layak mengundi pada PRK kali ini yang terdiri daripada 43 peratus pengundi
Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus).
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel