Connect with us

Berita Lain

BERSATU NS terima permohonan dari pemimpin Umno


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri
Sembilan Tan Sri Dr Rais Yatim mengakui terdapat pemimpin dalam kalangan Umno
yang memohon untuk menyertai BERSATU.
Rais yang enggan mengumumkan berapa ramai yang telah membuat
permohonan itu berkata pihaknya tentu sekali akan membuat pertimbangan
berhubung permohonan tersebut oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Saya tidak dapat umum jumlahnya, tetapi minat menggalakkan,
salah seorangnya, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Klawang Datuk Yunus Rahmat…yang
lain-lain itu saya tidak mahu sebut siapa, ia tidak begitu selesa ketika ini.
“Permohonan menyertai BERSATU itu secara amnya di
negeri ini, kita menerima akhlak dan latar belakangnya yang tidak menentang
kemasukan mereka dari segi syarat,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis
Pelancaran BERSATU bahagian Jelebu hari ini.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Rais yang juga
merupakan bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan berkata pihaknya akan mengadakan
program penerangan kepada ahlinya yang kini melebihi 3,000 dan akan
diintensifkan susulan ada kalangan mereka yang menganggap parti BERSATU dan
Umno itu adalah sama.
“Hal ini penting dihuraikan, begitu juga isu-isu
manifesto, apa sebab setengah manifesto tidak dapat dilaksanakan ketika ini.
Apa yang penting adalah meninggalkan di belakang amalan-amalan lama yang tidak
memberi manfaat. Saya ingin mengelakkan percakaran, saya akan mengutamakan yang
penting iaitu disiplin,” katanya.
Tambahnya, BERSATU di semua bahagian di negeri ini akan
diselesaikan pelancarannya menjelang 25 Okt ini, ia termasuk penyelesaian dalam
usaha memulihkan kembali parti tersebut.
Bulan lepas, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin
mengumumkan pembubaran Bersatu Negeri Sembilan kerana menimbulkan pelbagai
masalah dan melanggar perlembagaan parti dan keputusan itu dibuat hasil
mesyuarat pimpinan tertinggi parti berkenaan.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel