Connect with us

Berita Lain

BERSATU: Tak tunggu Dr M baru nak gerak jentera


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak dakwaan
bahawa jentera parti itu menunggu kehadiran pengerusinya, Tun Dr Mahathir
Mohamad untuk digerakkan bagi membantu kempen calon Pakatan Harapan (HARAPAN)
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.
Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahya berkata
BERSATU menggerakkan jenteranya sejak 29 September lepas, iaitu pada hari
penamaan calon dan mengenal pasti pusat-pusat daerah mengundi untuk diberi
perhatian.
“Sebelum ini kita sudah buat persiapan, sekarang ialah
pusingan kedua turun padang. Kita bekerja dan kehadiran Tun (Dr Mahathir) amat
kita alu-alukan kerana ini akan beri impak yang besar kepada gerakan kita,”
katanya pada sidang media di Port Dickson, malam ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata jentera Bersatu menumpukan usaha menarik
sokongan pengundi Melayu dengan fokus utama parti di kawasan Dewan Undangan
Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Katanya kehadiran Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri,
pada Isnin akan mampu menarik lebih banyak sokongan termasuk penyokong Umno
untuk mengundi Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, sekali gus memberi kemenangan
dengan majoriti besar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dr Mahathir dijadual hadir pada Isnin malam dan akan
bergandingan semula dengan Anwar di atas satu pentas selepas 20 tahun.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk
Danyal Balagopal Abdullah pada 12 September lepas, bagi membolehkan Anwar yang
baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan
kembali ke Dewan Rakyat.
Hari mengundi ditetapkan pada 13 Oktober manakala pengundian
awal 9 Oktober.
Dalam perkembangan lain, Marzuki berkata pimpinan BERSATU
Negeri Sembilan, yang sebelum ini dibubarkan, telah selesai distruktur semula
dan dipimpin Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri Tan Sri Dr Rais Yatim.
Katanya pimpinan baharu itu akan diumumkan oleh Rais selepas
PRK Parlimen Port Dickson selesai.
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 September
lepas dipetik sebagai berkata tindakan pembubaran itu diambil atas nasihat
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sebagai antara cara menyelesaikan masalah
dalaman parti di negeri itu yang berpanjangan dan tidak dapat diselesaikan.
Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Ketua Badan
Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan Eddin Syazlee Shith, yang juga Timbalan
Menteri Komunikasi dan Multimedia.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel