Connect with us

Berita Lain

Bukan pakaian komunis tapi seragam korporat kementerian, jelas Timbalan Menteri Pertahanan


LUMUT — Timbalan Menteri Pertahanan Senator Liew
Chin Tong menegaskan pakaian seragam yang dipakainya semasa pemeriksaan barisan
tentera baharu-baharu ini bukan pakaian tentera komunis, sebaliknya pakaian
korporat Kementerian Pertahanan.
Liew berkata tindakan segelintir pihak yang hanya mahu
memperbesarkan isu itu dengan menularkannya dalam laman media sosial dianggap
tidak bertanggungjawab.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Itu pakaian korporat kementerian dan bukan saya sahaja yang
pakai tetapi Menteri Pertahanan Mohamad Sabu juga pakai kerana kami adalah
rakyat biasa tidak perlu memakai uniform tentera.
“Itu keputusan bersama yang diambil kerana kami tidak
melalui kesukaran serta terlibat dalam latihan ketenteraan jadi kami tidak
layak memakai pakaian seragam tentera walaupun menteri,” katanya pada sidang
media selepas merasmikan upacara peletakan lunas kapal tempur pesisir TLDM
keempat (LCS4) di Limbungan Boustead Naval Shipyard (BNS) di sini hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Liew berkata pakaian seragam Kementerian Pertahanan itu
diguna pakai untuk kakitangan bukan tentera dan rakyat mungkin tidak mengetahui
perkara berkenaan sehingga timbul salah faham yang mendakwa pakaian itu
seakan-akan pakaian komunis.
“Saya faham kalau dulu menteri pakai seragam tentera jadi
ramai tidak tahu ada baju seragam ini dan bagi saya ia adalah perkara remeh
yang dibangkitkan sesetengah pihak,” katanya.
Pakaian korporat itu disediakan Kementerian Pertahanan untuk
majlis rasmi tentera seperti lawatan kem, pos keselamatan dan program yang
ditentukan oleh penganjur dan pernah menjadi pakaian rasmi bagi anggota kabinet
pada Sambutan Hari Kebangsaan, tahun lepas.
Gambar Liew mula tular dalam laman sosial sejak semalam dan
mengundang kontroversi selepas beliau didakwa memakai pakaian seragam komunis
di hadapan askar Melayu. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel