Connect with us

Berita Lain

Contohi Ghafar Baba tolak darjah kebesaran, Guan Eng pesan pada DAP

Tun Ghafar Baba

Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan
mesyuarat pada minggu depan bagi membincangkan soal penerimaan darjah kebesaran
oleh pemimpin parti itu, kata Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.
Beliau berkata tindakan menerima darjah kebesaran tersebut
tidak mencerminkan semangat perjuangan sebenar parti itu sekali gus akan
memberikan persepsi lain kepada rakyat kerana parti itu tidak sampai setahun
menjadi kerajaan di negara ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya tidak mahu apa yang saya sebutkan ini sebagai tanda
tidak hormat kepada mana-mana kerajaan negeri (yang mengurniakan darjah
kebesaran) tetapi kenapa pemimpin kita perlu terima pada tahun pertama
(mentadbir), tunjukkan prestasi berkhidmat untuk rakyat terlebih dahulu.
“…Kalau ini menyinggung mana-mana pihak di luar parti saya
minta maaf kerana saya rasa ini amat penting kerana DAP tidak pernah kejar
jawatan,” katanya ketika berucap pada Konvensyen DAP Perak yang dihadiri 1,303
perwakilan di Taiping, hari ini.
Turut hadir Naib Pengerusi DAP Kebangsaan M Kula Segaran dan
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Semalam, dua wakil rakyat DAP Melaka iaitu Anggota Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Bandar Hilir Tey Kok Kiew dan ADUN Bemban Wong Fort Pin
menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’
bersempena sambutan Hari Jadi Ke-80 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd
Khalil Yaakob.
Minggu lepas pula, dua menteri DAP Sabah iaitu Stephen Wong
dan Frankie Poon dianugerahkan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang
membawa gelaran ‘Datuk’ bersempena ulang tahun ke-65 Yang Dipertua Negeri Sabah
Tun Juhar Mahiruddin.
Lim berkata adalah tidak wajar pemimpin parti dari Sabah dan
Melaka itu menerima gelaran tersebut sedangkan Penasihat DAP Lim Kit Siang dan
bekas Pengerusi DAP mendiang Karpal Singh pernah menolak pemakaian gelaran
Datuk yang mereka terima dan lebih selesa dengan gelaran ‘Yang Berhormat’.
“Ya, kita hormat dan terima kasih kepada mereka yang nak
berikan gelaran tetapi macam di Melaka, (bekas Ketua Menteri Melaka
Allahyarham) Tun Ghafar Baba senang digelar sebagai Encik Ghafar Baba, kalau
Tun Ghafar Baba sendiri pun tidak terima, mengapa pemimpin kita
terima.

“Ketua Menteri Melaka dari AMANAH (Adly Zahari) tidak terima
juga, mengapa pemimpin kita terima, sebab itu penjelasan diberikan tidak boleh
diterima dan akan dibincangkan dalam mesyuarat CEC.
“Kalau dipilih oleh rakyat, jadi Yang Berhormat, itupun
sudah cukup. Bila saya sebut begini, perkara ini mungkin akan menyinggung
perasaan ahli-ahli dan pemimpin tetapi saya rasa perkara ini juga akan disebut
kalau Karpal Singh masih ada,” katanya.
Sementara itu, Lim yang juga Menteri Kewangan turut
mengucapkan tahniah kepada Ketua Umum Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri
Anwar Ibrahim atas kemenangannya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port
Dickson dengan majoriti 23,560 undi, semalam.
“Ini merupakan kemenangan (undi majoriti) yang lebih besar
berbanding pencapaian pada Pilihan Raya Umum ke-14 (undi majoriti 17,710)
sekali gus menandakan sokongan rakyat kekal terhadap Pakatan Harapan,” katanya.
-Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel