Connect with us

Berita Lain

Dah la seleweng baja, nak bagi rasuah pula…


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas
791.97 tan metrik (791, 970 kilogram) baja padi dianggarkan bernilai RM1.35
juta dipercayai diseleweng di sebuah premis di Taman Pelangi, Parit Buntar,
hari ini.
Serbuan bermula 9 pagi bersama Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani (MOA) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu turut mendapati premis itu tidak mempunyai lesen
pemborong.
Difahamkan, baja yang dirampas di gudang berkenaan
dibekalkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menerusi kontrak kerajaan
menerusi Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Unit Integriti Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani, Nur Syahidah Chia Abdullah, berkata premis berkenaan dipercayai sudah
beroperasi selama lebih tujuh tahun dan hasil risikan dijalankan berjaya
mengenalpasti kegiatan penyelewengan itu.
“Selepas enam bulan membuat pemerhatian bersama (SPRM, MOA
dan KPDNHEP), kami berjaya mengenalpasti sasaran dan menetapkan tarikh (hari
ini) untuk membuat serbuan dengan kerjasama keseluruhan seramai 30 anggota.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Pemilik premis ini adalah lelaki berusia 49 tahun dan
siasatan seterusnya akan dijalankan bagi mengetahui punca ketirisan subsidi
kerajaan itu,” katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaan.
Nur Syahidah berkata, operasi dijalankan bersama SPRM dan
KPDNHEP itu adalah yang ketiga selepas kejayaan dua operasi di Johor dan Kedah
pada Julai lalu.
Sementara itu, sumber SPRM mengesahkan suspek yang juga pemilik
premis itu ditahan kerana cuba memberikan suapan kepada anggota penguatkuasa
ketika serbuan dijalankan.
“Suspek berusia 49 tahun cuba memberikan rasuah sebanyak
RM30,000 kepada anggota penguatkuasa dan SPRM sudah menahannya mengikut Seksyen
17(b) Akta SPRM 2009.
“Suspek akan dibawa ke Pejabat SPRM Perak di Ipoh untuk
siasatan selanjutnya,” katanya. – Harian Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel