Connect with us

Berita Lain

Dakwa ada pihak sengaja tular perbalahan

Insiden pertengkaran antara Exco Pertanian, Pembangunan
Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee yang juga Adun
kawasan Pengkalan Batu dengan penduduk Kampung Pulau Nibong. – Foto Sinar Harian

MELAKA TENGAH – Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan
Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee yang juga Adun kawasan
Pengkalan Batu menganggap visual pertengkaran mulut antara beliau dengan
penduduk Kampung Bukit Nibong sengaja disebarkan pihak tertentu untuk
mengambarkan keburukan dirinya.
Dakwa beliau yang hadir pada jam 8.45 pagi tadi di taman
berkenaan, apa yang tersebar di laman sosial menerusi video berkenaan adalah
sebahagian dari babak pertengkaran terbabit sementara selebihnya adalah fakta
sebenar berhubung penutupan jalan berkenaan yang tidak disebarkan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Belum selesai saya berjabat tangan dengan semua yang
ada di lokasi kejadian, sekumpulan individu bertubi-tubi menyerang dan menyoal
saya dengan soalan-soalan panas. Namun, ia tidak menjadi masalah pada saya
untuk menjawab.
“Yang disebarkan hanyalah sisi buruk saya, sisi saya
mendengar atau membantu penduduk kampung tidak pula disebarkan, tidak
mengapalah. Saya terima dan akur kerana saya sedia maklum, itulah sifat sebenar
manusia yang lebih terarah menggali keburukan berbanding mengangkat
kebaikan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Jelasnya, beliau tidak mampu menghalang mana-mana pihak
untuk tidak menyebarkan video berkenaan yang dipercayai sudah menjadi tular.
“Saya berkhidmat untuk semua masyarakat Dun Pengkalan
Batu tanpa mengira apa juga parti politik kerana pada saya ketika ini adalah
masa untuk saya bekerja dan bukan untuk berpolitik.
“Apabila dituduh saya bersandiwara dan bermain politik
dalam penyelesaian kemelut ini, ia amat mengecewakan saya,” katanya. – Sinar Harian



Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel