Connect with us

Berita Lain

Dr M nasihat Najib buat laporan mengenai dakwaannya berkaitan 1MDB


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bekas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu membuat laporan kepada pihak
berkuasa atas dakwaannya mengenai kemungkinan penglibatan tokoh antarabangsa
lain dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib membuat dakwaan itu dalam satu temu bual dengan agensi
berita antarabangsa Al Jazeera.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Suruh dia membuat laporan dan kami akan cari
mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) malam tadi. Beliau adalah Pengerusi
BERSATU.
Dalam temu bual itu, Najib meminta para penyiasat untuk
menyiasat tokoh-tokoh antarabangsa lain yang didakwa terlibat dalam
penyelewengan dana 1MDB dan tidak hanya menyiasat penglibatan ahli perniagaan
Low Taek Jho atau Jho Low.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata: “Kami mendapati
sukar untuk menguatkuasakan undang-undang kita di negara lain tetapi jika
mereka melakukan jenayah di Malaysia, yang menjejaskan rakyat Malaysia atau
wang milik Malaysia, jika mereka datang ke sini, kami akan menangkapnya.”
Awal hari ini, Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir
dipetik sebagai berkata Kerajaan Arab Saudi tidak mempunyai sebarang kaitan
dengan derma RM2.6 bilion yang didakwa diterima Najib.
Dr Mahathir berkata apa yang penting ialah bukti dalam
berbentuk dokumen duit tersebut datang dari 1MDB ataupun Arab Saudi.
“Anda tidak boleh pindahkan wang dengan jumlah yang besar
tanpa rekod. Kalau mereka kata ia daripada Arab Saudi, tunjukkanlah rekodnya.
Jika tidak, kami perlu siasat daripada mana datangnya. Sepanjang pengetahuan
kami, ia datang daripada 1MDB,” kata beliau.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel