Connect with us

Berita Lain

Dr M: Saya masih seperti dulu…


Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan
bahawa beliau masih seperti dahulu dan caranya bekerja adalah mengikut gaya
beliau seperti sebelum ini.
Ketika ditanya oleh hadirin dalam syarahannya mengenai “Masa
Depan Demokrasi di Asia” di Chatham House di London berhubung kenyataan Peguam
Negara Tommy Thomas mengenai dirinya dalam satu wawancara bahawa beliau telah
berubah, Dr Mahathir berkata kenyataan Thomas ada benar dan ada ada silapnya.
“Saya masih seperti dahulu. Saya masih menjalankan urusan
seperti biasa tetapi saya perlu menghormati kehendak orang lain, dan terutama
berhubung dengan apa yang mereka sebut sebagai kronisme,” kata beliau.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dr Mahathir menjelaskan beliau sebenarnya membantu mereka
yang berupaya memperoleh keuntungan daripada apa sahaja perniagaan yang mereka
usahakan.
“Jika anda meminta seseorang yang tidak berpengetahuan
dalam perniagaan dan memintanya menjalankan perniagaan yang dia tidak ada
pengetahuan, maka anda mengundang kegagalan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Jadi, apabila anda memberikan kontrak – hari ini, kita
harus melakukannya melalui tender. Sebelum itu, tender adalah terbatas.
Sekarang melalui tender penuh, semua orang boleh membuat bidaan,” kata
beliau.
Mengenai hubungan beliau dengan Presiden PKR Datuk Seri
Anwar Ibrahim, Dr Mahathir berkata beliau akan menyerahkan kepimpinan perdana
menteri kepada Anwar apabila beliau akan bersara dalam masa dua hingga tiga
tahun.
“Saya tidak mempunyai masalah dengan beliau,” kata Dr
Mahathir.
Menjawab soalan mengenai 1MDB, perdana menteri berkata
keutamaan sekarang ialah bagi kes-kes yang bukti-buktinya telahpun diperoleh.
Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, wang yang dilesapkan
daripada 1MDB digunakan untuk membeli hartanah dan menghasilkan filem, kata
beliau.
“Wang yang diselewengkan adalah wang kami. Kami
mempunyai hak untuk mendapatkannya balik. Kami akan berunding dengan Amerika
Syarikat,” kata beliau.
Dr Mahathir berkata isu 1MDB akan ditangani “satu demi
satu” dan pada masa ini, ia melibatkan penyalahgunaan kuasa oleh bekas
perdana menteri.
Mengenai persoalan berhubung negara-negara yang terlibat
dalam 1MDB, beliau berkata, “Ada orang yang melanggar undang-undang di negara
kami. Kadang-kadang, mereka melarikan diri ke negara lain, Kami melakukan yang
terbaik untuk berunding. Kami tidak boleh berperang.”
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel