Connect with us

Berita Lain

Dr Wan Azizah kunjungi Presiden Jokowi


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
memulakan lawatan kerja sehari beliau ke Indonesia pada Selasa dengan
mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia Joko Widodo.
Dalam pertemuan 30 minit di Istana Presiden Bogor, Dr Wan
Azizah dan presiden yang lebih dikenali dengan nama Jokowi, membincangkan
pelbagai perkara membabitkan hubungan dua hala.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dr Wan Azizah diiringi Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki
Yahya dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Raja Nushirwan
Zainal Abidin. Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Luar Indonesia
Retno LP Marsudi dan Menteri Sekretaris Negara Muhadjir Effendy.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Lawatan Dr Wan Azizah ke Indonesia adalah kunjungan pertama
beliau ke negara berjiran sejak dilantk sebagai timbalan perdana menteri pada
21 Mei susulan kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum Mei lepas.
Aturcara lawatan beliau yang padat termasuk mengadakan
kunjungan hormat ke atas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla dan pertemuan
dengan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Yohana Susana
Yembise.
Rakan akrab, jiran terpenting
Dr Wan Azizah juga dijadual melawat Pusat Penyelarasan ASEAN
bagi Bantuan Kemanusiaan dalam Pengurusan Bencana untuk mengikuti taklimat
tentang tugas penyelarasan semasa yang dilaksanakan oleh pusat berkenaan untuk
menghantar bantuan kemanusiaan dari negara anggota ASEAN kepada mangsa gempa
bumi dan tsunami baru-baru ini di Sulawesi Tengah.
Lewat petang Selasa, timbalan perdana menteri akan bertemu
kapten industri Indonesia dan diaspora Malaysia di Jakarta.
Indonesia adalah sebuah daripada rakan akrab dan jiran
terpenting bagi Malaysia.
Pada 2017, jumlah dagangan dua hala yang dicatatkan
berjumlah RM72.63 bilion, peningkatan sebanyak 22 peratus berbanding 2016,
menjadikan Indonesia rakan dagang global ketujuh terbesar bagi Malaysia dan
rakan dagang ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN selepas
Singapura serta Thailand.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel