Connect with us

Berita Lain

‘Gaduh besar’ dengan Najib tip Dr Mahathir tak nyanyuk


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan tips kepada kelompok warga emas agar sentiasa membaca, menulis dan juga ‘bergaduh’ untuk mengaktifkan minda.

Perdana Menteri berusia 93 tahun itu berkongsi tips mindanya sentiasa aktif kerana sering ‘bergaduh’ besar dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, lapor Sinar Harian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Jadi saya cadangkan tips terbaik untuk golongan berusia ialah dengan membaca, menulis dan tentunya ‘bergaduh’ kerana perbuatan ini melatih akal kita.

“Saya bergaduh besar dengan perdana menteri sebelum ini (Najib). Perkara ini membuatkan minda saya sentiasa aktif untuk berfikir dan mencari jalan bagi menukar kerajaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Oleh itu apabila saya sering berfikir, menggunakan otak maknanya memori tidak akan hilang kerana sentiasa berfikir untuk berhujah,” katanya ketika merasmikan Persidangan Penuaan, Pembelajaran dan Teknologi: Menambah Nilai Kehidupan dan Hubungan Komuniti di Petrosains, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata, adalah penting bagi golongan berusia untuk memastikan otot dan minda mereka bekerja selepas bersara, seperti mana yang dilakukannya sehingga hari ini.

“Dua minggu selepas saya bersara (sebagai Perdana Menteri pada 2003), ada orang datang berjumpa dan beritahu mereka tidak gembira dengan pengganti saya dan mahu saya buat sesuatu.

“Jadi saya bertindak dan jadi sangat aktif, dan selepas beliau mengalah, individu kedua pula menggantikannya namun malangnya, ada lagi orang datang bertemu saya dan meminta saya buat sesuatu.

“Sekali lagi saya bertindak. Saya tubuhkan parti politik untuk mengalahkan parti saya. Ia kini sudah jadi sejarah, apabila beberapa bulan lalu kami menang dan menjadi kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir sekali lagi mengulang pendiriannya untuk terus berkhidmat kepada negara hanya sehingga umurnya 95 tahun sahaja.

“Saya janji masuk saja umur 95 tahun saya akan bersara.

“Sekarang baru 93 tahun masih terlalu muda. Masuk saja umur 95 tahun, saya bersara… saya janji,” katanya disambut gelak tawa hadirin yang hadir dalam majlis tersebut.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel