Gerai laksa Kebok boleh dibuka semula jika patuh arahan

0
58

Gerai laksa kebok di Kampung Seri Landak, Kupang di Baling
yang diarah tutup sementara oleh Kementerian Kesihatan sejak 8 Okt lepas akan
dibenarkan beroperasi semula sekiranya pengusaha gerai mematuhi semua arahan
dikeluarkan, kata Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail.
Beliau berkata pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Baling akan
mengadakan pemeriksaan bagi melihat sama ada semua syarat dan arahan diberikan
semasa gerai itu diarah ditutup sementara itu, dipatuhi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jika pegawai Pejabat Kesihatan Daerah berpuas hati dengan
tindakan yang diambil oleh pengusaha gerai tersebut, akan dibenarkan untuk beroperasi
semula,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Operasi Penguatkuasaan
Pindaan Peraturan Berkaitan Minuman Beralkohol di Sungai Petani, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dr Norhizan berkata ​​​​​​​selain itu, Pejabat Kesihatan
Daerah setelah perbincangan dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri (Kedah) akan
melengkapkan kertas siasatan kes mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
​​​​Dilaporkan sebanyak 83 kes termasuk dua kematian susulan
kejadian keracunan makanan yang berpunca daripada memakan laksa yang dibeli di
sebuah premis pada 8 Okt lepas.
Mengikut pecahan, 34 kes termasuk dua kes kematian
dilaporkan di Perak, 25 kes di Kedah dan 24 kes di Selangor, dengan kesemua
yang dirawat telah dibenarkan pulang.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam
satu kenyataan pada 21 Okt lepas memaklumkan berdasarkan hasil siasatan dan
keputusan makmal yang lengkap diperolehi pada tarikh sama mendapati kejadian
keracunan makanan itu berpunca daripada bakteria Salmonella enterica serovar
Weltevreden.
Dr Noor Hisham dipetik sebagai berkata ujian ‘Pulse Field
Gel Electrophoresis’ (PFGE) yang dijalankan di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan
Sungai Buloh dan Makmal Keselamatan Kualiti Makanan Pulau Pinang pada 21 Okt
itu mendapati bakteria berkenaan dikesan dalam sampel klinikal pesakit serta
sampel mi laksa.
– Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here