Connect with us

Berita Lain

Irwan, Najib bakal hadapi enam tuduhan pecah amanah RM6.6 bilion


KUALA LUMPUR, 25 Okt — Bekas perdana menteri Datuk Seri
Najib Razak dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan
Serigar Abdullah dijangka didakwa dengan enam 
pertuduhan pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan Malaysia
berjumlah RM6.6 bilion.
Bekas ketua pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana
Menteri Datuk Hasanah Ab Hamid juga akan berhadapan dengan satu pertuduhan yang
sama melibatkan dana kerajaan berjumlah US$12.1 juta (RM50.4 juta).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut senarai kes mahkamah, kes mereka akan disebut di
hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azman Ahmad.
Difahamkan, Najib dan Mohd Irwan Serigar akan didakwa
bersama atas pertuduhan itu yang didakwa dilakukan antara Disember 2016 dan
Disember 2017, manakala Hasanah didakwa melakukan kesalahan berkenaan antara
April 2018 dan Mei 2018.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan
(pecah amanah oleh penjawat awam atau ejen).
Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersara Datuk Seri
Gopal Sri Ram, yang dilantik sebagai timbalan pendakwa raya kanan, akan
mengetuai pasukan pendakwaan.
Wartawan telah berkumpul di kompleks mahkamah seawal 6.30
pagi dan mereka beratur dalam dua barisan untuk pendaftaran masuk ke bilik
mahkamah dan bilik siaran video bagi membuat liputan prosiding.
Mahkamah menyediakan 21 pas untuk wartawan tempatan dan
asing memasuki bilik mahkamah dan 40 pas untuk wartawan melihat prosiding dari
bilik siaran video. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel