Connect with us

Berita Lain

Jamal Yunos diarah bayar ganti rugi RM300,000 kepada Maria Chin


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Ketua
Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos  membayar ganti rugi RM300,000 kepada bekas
Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih
2.0) Maria Chin Abdullah selepas mendapati kenyataan Jamal yang mengaitkan
Bersih 2.0 dengan kumpulan pengganas Daesh adalah menfitnah wanita itu.
Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab juga mendapati pengucapan
yang dibuat oleh Jamal selaku defendan adalah merujuk kepada Anggota Parlimen
Petaling Jaya Maria Chin, 62, selaku plaintif walaupun secara jelasnya
pengucapan yang dibuat oleh Jamal tidak menyebut nama plaintif.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau juga berkata mahkamah mendapati pengucapan yang
dibuat oleh defendan di dalam makna semulajadinya bersifat fitnah dan tindakan
defendan memberi kesan buruk kepada plaintif selain mencetuskan perasaan benci
masyarakat terhadap plaintif.
“Mahkamah perlu menimbang samada defendan berjaya
membuktikan pembelaan-pembelaan yang mereka timbulkan. Defendan menimbulkan dua
pembelaan iaitu keistimewaan bersyarat dan komen yang saksama. Defendan
mempunyai beban untuk membuktikan pembelaan-pembelaan, bagaimanapun saya
mendapati defendan gagal membuktikan pembelaan-pembelaan itu.
Bagi pembelaan keistimewaan bersyarat, saya mendapati
defendan gagal membuktikan dia mempunyai kepentingan atau tugas dari segi
perundangan, kemasyarakatan atau moral untuk mengucapkan kata-kata itu manakala
bagi pembelaan komen yang saksama pula saya mendapati defendan gagal buktikan
fakta yang dijadikan asas kepada komennya,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Hakim itu berkata berdasarkan dapatan tersebut, beliau
membenarkan saman yang difailkan plaintif.
Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan defendan membayar
ganti rugi RM300,000 dan kos guaman RM40,000 kepada Maria Chin yang diwakili
peguam N. Surendran.
Pada 7 Oktober 2016, Maria Chin memfailkan saman fitnah
itu  dengan menamakan Jamal, yang
merupakan Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Gerakan
Merah Malaysia (GMM), sebagai defendan atas dakwaan mengaitkan Bersih 2.0
dengan kumpulan pengganas Daesh.
Dalam saman yang difailkan melalui Tetuan Daim & Gamany,
Maria Chin mendakwa pada 28 Sept 2016, Jamal mengeluarkan kata-kata fitnah
dalam satu sidang media di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan
diterbitkan serta disiarkan di beberapa portal berita, media cetak nasional dan
media elektronik.
Beliau juga mendakwa, pada 4 Okt lepas, Jamal sekali lagi
mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di perkarangan Ibu Pejabat Polis
Bukit Aman dan diterbitkan pada 5 Okt di portal berita, media cetak nasional
dan media elektronik.
Beliau menuntut ganti rugi am, teruk, dan teladan serta
perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan
semula perkataan fitnah itu.
Ketika ditemui media, Maria Chin berkata keputusan hari ini
membuktikan gabungan itu bukan kumpulan pengganas seperti yang didakwa defendan
dan ia menunjukkan Bersih 2.0 ‘bersih’ dengan agendanya manakala, Jamal yang
diwakili peguam Nasir Yusof berkata pihaknya akan memfailkan rayuan.
Jamal tidak hadir ke prosiding hari ini. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel