Connect with us

Berita Lain

Kadir Jasin kata ada kemungkinan 40 MP Umno akan keluar parti masuk Bersatu


JOHOR BARU, 27 Okt — Kira-kira 40 anggota Parlimen dari Umno
dikatakan berkemungkinan akan meninggalkan parti itu dan menyertai Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin
berkata kesemua mereka dikatakan berpotensi berbuat demikian kerana sudah
beberapa kali berjumpa dengan Pengerusi Bersatu,Tun Dr Mahathir Mohamad,
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin serta para kepimpinan tertinggi parti
itu sama ada secara perseorangan atau berkumpulan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Buat masa ini, belum ada sesiapa yang hampir sampai
peringkat Datuk Mustapa (Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed yang
menyertai Bersatu) walaupun mereka telah berjumpa dengan Tun Dr Mahathir, Tan
Sri Muhyiddin dan pemimpin tertinggi Bersatu.
“Mereka menggambarkan mereka terbuka kepada memikirkan untuk
keluar Umno dan masuk Bersatu tetapi masalahnya mereka juga terpaksa memikirkan
apa yang akan berlaku selepas itu kerana ada antara mereka mempunyai isu atau
terdedah kepada siasatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan
Persidangan Perwakilan Bersatu Bahagian Tebrau, di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Bersatu Bahagian Tebrau Mazlan Bujang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

A.Kadir berkata selain itu, isu siapa yang akan mewarisi
harta Umno turut menjadi perkara yang difikirkan para anggota Parlimen
berkenaan memandangkan Umno belum diisytiharkan sebagai sebuah parti muflis.
Ditanya pemberita adakah tujuan mereka menyertai Bersatu
disebabkan untuk menyelamatkan diri, A.Kadir berkata tiada jaminan untuk mereka
tidak disiasat setelah menyertai Bersatu.
“Hal itu (selamatkan diri) payah hendak cakap tetapi mana
mungkin Bersatu atau kerajaan melindungi.
“Kalau ada bukti kesalahan saya rasa mungkin terlintas di
fikiran tetapi tidak boleh dikata itu syaratnya tiada jaminan,” katanya.
Hari ini, Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri
mendedahkan beberapa Anggota Parlimen Umno yang lain ada berjumpa dengannya,
namun, tidak membuat apa-apa keputusan.
Ketika ditanya berapa ramai pemimpin Umno berjumpa dengan
beliau, Muhyiddin hanya menghitung jari-jarinya tanpa mengulas lanjut mengenai
perkara itu.
Malam tadi, Mustapa yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri pula, menyertai Bersatu selepas keluar dari Umno pada 18 September
lepas.
Beliau menyerahkan borang keanggotaan kepada Tun Dr Mahathir
selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel