Connect with us

Berita Lain

‘Kalah PRU, BN perlu tanya diri sendiri’, kata Dr Mahathir

Foto: FMT

PORT DICKSON – BN seharusnya mengambil iktibar selepas
tumbang dalam PRU14 dan bertanya pada diri mengapa itu berlaku sejak pertama
kali dalam tempoh 61 tahun.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, 9 Mei
lalu (PRU14) adalah suatu yang tidak terjangka pada PH.
“Kerajaan yang telah memerintah selama 61 tahun telah
dikalahkan dan dijatuhkan. Ketika itu ramai yang kata usaha PH untuk
menjatuhkan BN adalah sia-sia kerana menganggap BN tidak boleh ditumbangkan.
“Malah, pemimpin utamanya ketika itu Datuk Seri Najib
Razak berpendapat mereka akan menang 2/3 dalam PRU itu. Tetapi, kita semua tahu
PH telah menang pada jam 8.30 malam, 9 Mei.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tetapi, BN takut hendak beritahu rakyat, maka mereka
tangguh isytihar kemenangan kami sehingga jam 2 pagi dan akui bahawa yang tidak
boleh dikalahkan itu telah dikalahkan,” katanya dalam ceramah mega PH, di
sini, hari ini.
Turut hadir adalah calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dr Mahathir berkata, BN harus bertanya pada diri mereka
sendiri mengapa perkara itu boleh terjadi.
Jelasnya, dahulu beliau adalah pengerusi BN dan presiden
Umno serta telah memimpin lima PRU.
“Setiap kali PRU, saya sedar saya akan menang dan tidak
mungkin parti lawan ketika itu menang. Saya tak takut dengan parti lawan.
Sebabnya parti lawan tiada kerjasama, tiada pakatan malah ada yang berpakat di
belakang…sebab itu kalah.
“Kalau mahu menang, perlu bersatu dengan jelas dan
ikhlas,” katanya.
Justeru, ahli Parlimen Langkawi itu berkata, untuk membina
Malaysia ke arah lebih baik, usah kira tentang permusuhan lama jika mahu
bersatu.
“Kalau fikir perkelahian lama, kita tidak boleh
bersatu. Sebaliknya matlamat kita lebih besar untuk diri atau parti kita.
Matlamat kita untuk jatuhkan kerajaan zalim yang dikenali dunia sebagai
kleptokrasi.
“Walaupun dulu mereka (BN) kuat, gabungan PH telah
bekerjasama dan belakangkan segala permusuhan lama, maka perpaduan itu jelas
beri kejayaan kepada kita,” katanya. – Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel