Connect with us

Berita Lain

Kastam pasang pengimbas x-ray untuk kesan VIP seludup duit

Anthony Loke Siew Fook

Anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan
Imigresen akan ditempatkan di luar bilik menunggu khas orang kenamaan atau VIP
bagi menangani kegiatan haram, termasuk penyeludupan wang.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata ketika
ini langkah untuk menempatkan pegawai daripada dua agensi penguat kuasa itu
tidak dilakukan, sekali gus mengundang risiko penyeludupan.
“Kita ketahui ada kelemahan laluan VIP, justeru kita minta
untuk mendapat kerjasama dengan agensi lain seperti imigresen dan kastam,
selain Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk mengetatkan langkah
keselamatan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kalau sebelum ini apa-apa urusan di bilik menunggu khas
diuruskan pegawai pengiring, kini kita letakkan anggota kastam dan imigresen di
laluan keluar orang kenamaan.
“Mesin pengimbas juga diletakkan di laluan keluar supaya
sebarang kegiatan penyeludupan, termasuk membabitkan wang yang pernah berlaku
sebelum ini tidak berulang,” katanya 
demikian ketika menjawab soalan tambahan Pang Hok Liong (PH DAP-Labis).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Memetik laporan Berita Harian lagi, Kementerian Pengangkutan, pada 4 September lalu telah mengarahkan
MAHB supaya mengetatkan pemeriksaan di laluan orang kenamaan di semua lapangan
terbang.
Ia berikutan kelonggaran penguatkuasaan dan pemeriksaan
terhadap pesawat persendirian membawa golongan kenamaan, pegawai tinggi
kerajaan atau individu dikaitkan dengan mereka.
Ia diburukkan lagi apabila mesin pengimbas di laluan keluar
lapangan terbang jarang diguna untuk memeriksa bagasi atau barangan dibawa
penumpang pesawat atau jet persendirian terbabit sehingga wang jutaan ringgit
mampu diseludup keluar atau masuk tanpa pemeriksaan rapi.
Dipercayai, modus operandi itu juga diguna untuk membawa
masuk RM49 juta (AS$12 juta) dari luar negara pada April lalu oleh sebuah
agensi ada kaitan dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) ketika pentadbiran
terdahulu untuk tujuan politik termasuk bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel