Connect with us

Berita Lain

Kerajaan terima 21 cadangan projek kereta nasional baharu

KUALA LUMPUR – Kerajaan setakat ini sudah menerima 21
cadangan firma tempatan dan asing bagi projek kereta nasional ketiga berbanding
14 sebelum ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(MITI), Dr. Ong Kian Ming berkata, peningkatan itu jelas membuktikan projek
kereta nasional baharu itu tidak terjejas dengan keputusan firma United
Kingdom, Dyson untuk membuka sebuah kilang pengeluaran kereta elektrik baharu
di Singapura.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bagi saya, rakyat Malaysia tidak perlu bimbangkan
keputusan Dyson ini kerana kita bukannya tewas dengan Singapura (dalam kes
ini),” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Forum Kecemerlangan
Perniagaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Kian Ming berkata, kewujudan kilang kereta
elektrik itu sebaliknya boleh memberi manfaat kepada syarikat-syarikat Malaysia
yang kini berpeluang menyertai rantaian nilai terbabit.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Dyson memilih Singapura berikutan lokasi strategik
republik itu dari segi rantaian bekalan global dan sudah pasti Johor akan
menjadi sebahagian daripadanya,” katanya.
Malah, katanya, lebih banyak berita menarik membabitkan
pelaburan Dyson itu akan diumumkan oleh Menteri MITI, Datuk Darell Leiking
sekembalinya beliau dari lawatan rasmi ke Bangkok.
Sementara itu, Kian Ming berkata, ramai penggiat industri
teruja dengan Dasar Industri 4.0 yang dijadual dilancarkan oleh Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 31 Oktober ini.
“Ini adalah sesuatu yang diharapkan oleh penggiat
industri dan mereka ingin melihat bagaimana perkara itu dapat dijanakan
menerusi Bajet 2019,” katanya. – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel