Connect with us

Berita Lain

Kereta nasional baru dijangka dilancar sebelum 2020

Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof

Projek kereta nasional baharu dijangka melancarkan model
pertamanya sebelum 2020, kata Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof.
Beliau berkata kereta semi-autonomous (separa pemanduan
sendiri) itu dirancang untuk memasuki pasaran dunia bagi memenuhi permintaan
daripada generasi muda.
“Kami kini sedang menyenarai pendek dua hingga tiga rakan
kongsi untuk menyertai projek ini termasuk Silterra dan CTRM, dan menjangka
(pemilihan) akan dimuktamadkan hujung tahun ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Prototaip untuk model (kereta) ini dijangka siap awal tahun
depan,” katanya kepada pemberita pada taklimat media mengenai projek kereta
nasional baharu itu, di Cyberjaya hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mohd Redzuan berkata projek tersebut akan dibiayai
sepenuhnya oleh sektor swasta dengan bantuan beberapa kementerian.
Ditanya sama ada projek ini berdaya maju memandangkan masa
yang singkat untuk disiapkan, beliau berkata projek tersebut akan menggunakan
teknologi terkini.
“Kereta baharu ini akan menggunakan 100 peratus teknologi
disruptif dan tidak mengikut (kaedah) pembuatan kereta konvensional,” katanya.
Hadir sama pada taklimat itu ialah Presiden dan Ketua
Pegawai Eksekutif Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi
(Might) Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman.
Sementara itu, Mohd Yusoff berkata projek tersebut
benar-benar baharu dan mempunyai kelainan berbanding projek kereta nasional
sedia ada dan mengguna pakai Industri 4.0.
Beliau berkata peranan Might adalah untuk memberi penekanan
tentang kepentingan mewujudkan kereta baharu bagi membantu merangsang pembangunan.
“Selain itu, Might juga diberikan mandat menyelaras dengan
pelbagai kementerian, agensi dan industri, serta ahli akademik bagi memastikan
projek itu berjaya,” katanya.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel