Connect with us

Berita Lain

Kes 1MDB, lebih empat jam SPRM siasat Najib


PUTRAJAYA, 18 Okt — Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib
Razak sekali lagi dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, dipercayai berhubung siasatan kes 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
Menurut sumber SPRM, Najib hadir ke ibu pejabat SPRM di sini
kira-kira 9 pagi dan keluar lebih empat jam kemudian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kenderaan Toyota Alphard berwarna putih miliknya kelihatan
keluar melalui pintu belakang bangunan SPRM pada pukul 1.30 petang.
Sebelum ini, Najib telah beberapa kali dipanggil untuk
memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan SPRM.
Najib sebelum ini telah didakwa di mahkamah atas 32
pertuduhan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 4 Julai lepas, beliau mengaku tidak bersalah di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan
satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC
International Sdn Bhd.
Seterusnya pada 8 Ogos, bekas perdana menteri itu didakwa di
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM42
juta hasil daripada aktiviti haram milik dana SRC International Sdn Bhd, dalam
dua akaun miliknya, empat tahun lepas.
Pada 20 September, Najib sekali lagu didakwa atas 21
pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan
Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 dan empat pertuduhan di bawah Seksyen 23
(1) Akta SPRM. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel