Connect with us

Berita Lain

Khalid: Tun Mahathir ikon kesihatan negara


KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad mahu
rakyat mencontohi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengamalkan gaya
hidup sihat meskipun sudah berusia 93 tahun.
Antara rahsia Mahathir berstamina dan kekal sihat adalah
menjaga pemakanan dalam kehidupan sehariannya, kata beliau.
“Saya selalu melihat, Tun Dr Mahathir yang berusia 93
tahun tapi mampu menjadi perdana menteri, makan sedikit sahaja, cukup-cukup, berhenti
makan bila hilang lapar, bukan makan sampai tersandar, itu antara rahsia beliau
menjaga kesihatan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jika kita dapat bersama-sama amalkan penjagaan
pemakanan, makan dalam jumlah sederhana, maka boleh mengalami proses penuaan
yang sihat seperti perdana menteri kita, beliaulah ikon kesihatan
Malaysia,” katanya ketika berucap dalam Program Hari Warga Emas Pusat
Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-Care) 2018 anjuran Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) di sini, hari ini.
H-Care ialah pusat penyelidikan transisi demografi
berfokuskan penuaan sihat dan kesejahteraan serta menggalakkan gaya hidup sihat
dan memperkenalkan diet sihat dalam kalangan warga emas.
“Ketika usia pertengahan dewasa, kesihatan perlu diberi
lebih perhatian kerana peningkatan obesiti dan penyakit kronik tidak berjangkit
sering terjadi dalam kalangan dewasa di Malaysia jika tidak menjaga pemakanan
dengan baik.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Dengan adanya pusat penyelidikan seperti H-Care, mutu
rehabilitasi dapat ditingkatkan dan program menyumbangkan kepada misi mencapai
penuaan sihat dalam kalangan warga emas di Malaysia dapat dicapai dengan
kerjasama agensi kerajaan dan bukan kerajaan,” kata Khalid.
Sementara itu, Pengerusi H-Care UKM Prof Dr Suzana Sahar
berkata warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas adalah lapan peratus
daripada jumlah populasi di Malaysia sekarang ini.
“Kami menjangkakan dalam masa 20 tahun lagi Malaysia
akan mencapai status negara tua dengan mereka berusia 60 tahun ke atas mewakili
15 peratus daripada populasi menjelang 2030.
“Oleh itu, penubuhan pusat kecemerlangan ini sangat
tepat pada masanya seiring dengan peningkatan jangka hayat populasi dan insiden
penyakit berkaitan transisi demografi ini,” katanya. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel