Connect with us

Berita Lain

Mahkamah Tinggi isytihar kapal Equanimity milik kerajaan Malaysia


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini
mengisytiharkan kapal mewah  ‘Equanimity’
sebagai milik kerajaan Malaysia dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas
pemilik berdaftar gagal hadir untuk menuntut kapal itu dan kerajaan kini boleh
menjual kapal tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Peguam Sitpah Selvaratnam yang mengetuai pasukan perundangan
bagi plaintif berkata, ia diputuskan mahkamah ketika membenarkan permohonan
1MDB dan kerajaan untuk mendapatkan perintah penghakiman ingkar setelah pemilik
pendaftar kapal tersebut tidak memfailkan kehadiran dalam saman berkenaan.
Beliau berkata, keputusan dibuat di dalam kamar oleh
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Khajidah Idris.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Mahkamah hari ini memutuskan dua syarikat 1MDB iaitu
1MDB Energy Holdings Limited dan 1MDB Global Investment Limited sebagai pemilik
sah dan benefisiari kapal. Sehubungan itu, secara tidak langsung kerajaan
Malaysia adalah benefisiari kedua-dua syarikat ini.
“Kini kapal itu boleh dijual tanpa sebarang kekangan
undang-undang. Pihak defendan, walaupun tahu tentang saman ini, tidak hadir
sehingga sekarang. Ini tidaklah memeranjatkan kerana tuntutan serta bukti yang
ada cukup banyak dan mereka mengambil kira bahawa amat sukar untuk menafikan
1MDB dan kerajaan memiliki kapal itu,” katanya. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel