Connect with us

Berita Lain

Mat Sabu: Rohingya bukan isu domestik Myanmar, Malaysia juga terima tempias


Myanmar tidak boleh mengatakan isu etnik Rohingya sebagai
masalah domestik semata-mata kerana Malaysia turut menerima tempiasnya, kata
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.
Mohamad berkata ketika ini terdapat lebih 100,000 pelarian
Rohingya di Malaysia yang tidak kesemuanya berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi
Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
“Malaysia tidak mampu menanggung beban pelarian yang begitu
ramai,” katanya kepada Bernama.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mohamad berada di Singapura selama tiga hari sejak 18 Okt,
mengulangi penegasan hubungan pertahanan yang baik dengan Singapura dalam
lawatan pengenalan diri ke republik ini.
Beliau juga menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan
ASEAN (ADMM) ke-12 dan ADMM-Plus ke-5 yang dihoskan Singapura selama dua hari
berakhir semalam.
Dalam pertemuannya dengan rakan sejawatan dari Myanmar di
Singapura, Mohamad berkata beliau memberi pandangan supaya ada usaha untuk
membenarkan pelarian itu pulang ke Myanmar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Pihak kedutaan (Myanmar) hendaklah mencari jalan
mengusahakan supaya mereka dapat pulang ke tempat asal mereka,” katanya.
Tambahan pula, kata Mohamad, ketika ini Malaysia turut
membantu Bangladesh atas dasar kemanusiaan membuka hospital medan di Cox’s
Bazar sejak dua tahun yang lalu.
Katanya setakat ini terdapat negara-negara yang membantu
Malaysia termasuklah Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Brunei.
“Banyak lagi negara yang akan membantu.. sekarang di peringkat
perundingan dengan mereka,” katanya tanpa mendedahkan negara-negara tersebut.
Pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
ke-73 baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menempelak
kerajaan Myanmar berikutan pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Rakhine.
“Saya percaya untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal
dalaman sesebuah negara. Tetapi adakah dunia melihat pembunuhan beramai-ramai
sedang dilakukan dan tidak berbuat apa-apa?
“Negara-negara adalah bebas. Tetapi adakah ini bermakna
mereka mempunyai hak untuk membunuh beramai-ramai rakyat mereka sendiri,
disebabkan mereka (negara yang) bebas,” katanya di Perhimpunan itu.
Perdana Menteri berkata tindakan kerajaan Myanmar itu yang
telah dinafikan Aung San Suu Kyi mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan
rumah kediaman dan perpindahan penduduknya. 
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel