Connect with us

Berita Lain

Muhyiddin yakin Tok Pa ikhlas, enggan pegang jawatan Bersatu

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri
Muhyiddin Yassin menyifatkan penyertaan Anggota Parlimen Jeli, Datuk Seri
Mustapa Mohamed ke dalam parti adalah ikhlas dan tidak berhajat memegang
sebarang jawatan.
Beliau berkata Mustapa atau Tok Pa membuat keputusan itu
kerana beliau yakin dengan perjuangan parti itu selain menyokong kepimpinan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Pengerusi Bersatu.
“Mustapa awal-awal lagi menyatakan kepada saya dia tidak
berhajat untuk memegang apa-apa jawatan dalam parti, dan saya yakin beliau
bersikap ikhlas untuk menyertai parti.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bersatu sentiasa terbuka menerima sesiapa sahaja yang boleh
memperkukuhkan parti dan Mustapa pun dah lama (dalam politik) juga sebagai
menteri dan anggota parlimen,” katanya pada sidang media selepas mengadakan
perjumpaan bersama pemimpin tempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)
Gambir di sini, hari ini.
Muhyiddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, turut mengakui
beberapa anggota Parlimen Umno yang lain ada membuat pertemuan dengannya untuk
bertanyakan pandangan mengenai penyertaan dalam Bersatu namun mereka tidak
membuat sebarang keputusan.
Mustapa yang bertindak keluar Umno bulan lepas, menyerahkan
borang keanggotaannya secara rasmi kepada Dr Mahathir sambil disaksikan
Muhyiddin dan pimpinan tertingginya pada sidang media selepas mesyuarat majlis
pimpinan tertinggi parti berkenaan di Petaling Jaya, malam tadi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Anggota Parlimen Pagoh
itu berkata kerajaan sedang mengumpul maklum balas daripada pelbagai pihak
sebelum memuktamadkan pemansuhan pelaksanaan hukuman mati mandatori bagi semua
kesalahan di negara ini.
Beliau berkata, perkara berkenaan akan dibawa ke pejabat
Peguam Negara untuk diteliti terlebih dahulu sebelum dibentangkan ke Parlimen.
“Kita sedang mendapatkan maklum balas dari pelbagai pihak,
media pun buat kajian ada yang setuju ada yang tidak, setakat ini keputusan
muktamad belum dibuat,” kata Muhyiddin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri
Gambir.
Beliau berkata, meskipun banyak negara lain telah
melaksanakan pemansuhan berkenaan, namun Malaysia perlu meneliti pelbagai sudut
sebelum mengambil langkah sama.
Dalam pada itu, ketika berucap pada majlis berkenaan
Muhyiddin memaklumkan bahawa kesihatannya kini sudah 60 peratus pulih selepas
menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas serta beberapa sesi
kemoterapi.
“Pankreas saya dipotong 40 peratus begitu juga deodenum dan
saluran hempedu turut dipotong. Saya perlu menjalani lapan sesi kemoterapi di
mana empat sudah selesai, empat lagi akan dilakukan dalam tempoh empat bulan
ini,” katanya. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel