Connect with us

Berita Lain

Nahas Lion Air: Operasi kesan bangkai pesawat masih gagal, dipercayai terbenam di dasar laut


JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia masih gagal mengesan
bangkai pesawat Lion Air yang terhempas semalam, yang dipercayai terbenam di
dasar laut di perairan Tanjung Karawang.
Sekalipun keadaan cuaca baik di perairan Tanjung Karawang,
pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal mengesan bangkai pesawat
berkenaan setakat 6 petang waktu Indonesia barat.
Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia
(Basarnas), Muhamad Syaugi berkata, pasukan SAR turut menggunakan peralatan
canggih seperti ‘multibeam Echo Sounder’, ‘Side Scan Sonar’, ‘Magnetometer’ dan
‘Remotely Operated underwater Vehicle’ (ROV) bagi mengesan bangkai pesawat itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami masih mencari khususnya badan pesawat itu,
menggunakan peralatan berkenaan sejak 10.30 pagi tadi, tapi masih gagal
mengesan bangkai pesawat dan kotak hitam pesawat,” katanya.
Muhamad Syaugi berkata, pencarian di koordinat  S 5 49.052 E 107 06.628  itu akan diperluaskan lagi ke arah selatan
dan barat daya perairan itu.
Sementara itu, Direktur Kesiapsagaan Basarnas, Didi Hamzar
berkata, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat itu terbenam di dasar laut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Besar kemungkinan pesawat meluncur dan terbenam ke
dasar laut akibat kelajuan tinggi (ketika terhempas),” katanya.
Menurut laporan media Indonesia, kawasan perairan berkenaan
yang berlumpur dilihat menyukarkan pasukan penyelam mengesan bangkai pesawat
berkenaan.
Berkenaan penemuan cebisan anggota badan yang dipercayai
penumpang pesawat itu, Muhamad Syaugi berkata, setakat pukul 5 petang tadi,
sebanyak 34 kantung atau bungkusan jenazah telah dibawa ke Rumah Sakit Polri
(Hospital Polis Indonesia).
“Kantung itu berisi berupa potongan (cebisan) badan,
pihak Rumah Sakit Polri mengatakan untuk mengidentifikasi perlukan sekitar
empat atau lima hari,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini pihak berkuasa juga telah
mendapatkan lebih 70 profil asid deoksiribonukleik (DNA) daripada anggota
keluarga penumpang untuk dipadankan dengan DNA jenazah yang ditemui.
Beliau berkata, pasukan SAR hari ini seramai lebih 800
anggota terdiri daripada anggota tentera, polis dan Basarnas akan melakukan
operasi 24 jam selama tujuh hari bagi mengesan bangkai dan kotak hitam pesawat
itu, menggunakan 35 unit kapal, tiga helikopter dan tiga pesawat jenis HR-1519,
HR-1301 dan CN-235.
Penerbangan JT610 itu membawa 181 penumpang dan lapan anak
kapal itu terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada
pukul 6.20 pagi semalam.
Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu dilaporkan terputus
hubungan sebelum terhempas itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir
Pangkal Pinang pada pukul 7.10 pagi semalam waktu Indonesia barat.
Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam nahas itu. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel