Connect with us

Berita Lain

Najib masih di SPRM selepas 4 jam

Najib  hadir ke SPRM
pada 10 pagi tadi bagi melengkapkan siasatan kes 1MDB. – Gambar fail Bernama

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
yang dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini
dipercayai untuk diambil keterangan berhubung siasatan kes 1Malaysia
Development Bhd  (1MDB), masih berada di
dalam bangunan berkenaan selepas empat jam.
Menurut sumber SPRM, Najib 
hadir ke SPRM pada 10 pagi tadi bagi melengkapkan siasatan kes
berkenaan.
Bagaimanapun, pihak media yang menunggu di perkarangan ibu
pejabat SPRM gagal merakamkan ketibaannya berikutan beliau menggunakan pintu
belakang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Setakat pukul 2 petang, kira-kira 20 petugas media masih
setia menunggu di bangunan SPRM bagi mendapatkan perkembangan terkini siasatan
itu.
Pada 3 Oktober lalu, Najib memberi keterangan hampir tiga
jam di Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA), di Menara KPJ, Jalan Tun
Razak.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman sebelum ini
dilaporkan akan memanggil semula Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor
berikutan pihak berkuasa memerlukan maklumat tambahan daripada pasangan
terbabit untuk membantu siasatan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Najib sebelum ini didakwa di mahkamah atas 32 pertuduhan.
Pada 4 Julai lepas beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu
pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC
International Sdn Bhd.
Seterusnya pada 8 Ogos, bekas perdana menteri itu didakwa di
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM42
juta hasil daripada aktiviti haram milik dana SRC International Sdn Bhd, dalam
dua akaun miliknya, empat tahun lepas.
Pada 20 September, Najib sekali lagi didakwa atas 21
pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan
Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 dan empat pertuduhan di bawah Seksyen 23
(1) Akta SPRM. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel