Connect with us

Berita Lain

Najib pulang, Irwan bermalam di lokap SPRM


PUTRAJAYA – Pejabat Peguam Negara hari ini membenarkan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan pendakwaan ke atas
bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha
Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah di mahkamah esok.
SPRM dalam satu kenyataan berkata, Najib dan Mohd. Irwan
akan dituduh bersama berhubung siasatan beberapa kes pecah amanah yang telah
dilakukan oleh mereka melibatkan wang milik Kerajaan Malaysia, lapor Kosmo Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Najib dan Mohd. Irwan akan hadir ke Mahkamah Sesyen
Kuala Lumpur esok pada pukul 7.30 pagi untuk pertuduhan tersebut,” ujar
kenyataan tersebut.
Terdahulu, kedua-dua mereka hadir ke Ibu Pejabat SPRM di
sini secara berasingan pada pukul 1.53 (Najib) dan 3.25 petang (Mohd. Irwan)
untuk melengkapkan proses akhir siasatan dan pendakwaan tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Najib kemudian beredar meninggalkan SPRM pada pukul 5 petang
tadi menaiki Proton Perdana warna hitam nombor plat TN50. Manakala, Mohd. Irwan
ditahan selepas memberi keterangan pada pukul 3.35 petang tadi.
Sementara itu, dalam kes berasingan, SPRM memaklumkan
pihaknya turut mendapat izin mendakwa bekas Ketua Pengarah, Bahagian
Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasanah Ab Hamid berhubung isu
pecah amanah melibatkan wang milik Kerajaan Malaysia.
“Hasanah akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
pada hari yang sama dan mengikut seksyen yang sama,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel