Connect with us

Berita Lain

Najib sekali lagi dipanggil SPRM


PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
sekali lagi dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di
Putrajaya jam 10 pagi ini, menurut sumber suruhanjaya itu.
Najib dipanggil SPRM bagi membantu siasatan kes baharu
berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor BH Online hari ini.
Pada 3 Oktober lalu, Najib memberi keterangan hampir tiga
jam di Unit Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA), di Menara KPJ, Jalan Tun
Razak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Difahamkan, Najib hadir kali ketiga untuk memberi keterangan
kepada Unit AMLA berhubung siasatan skandal 1MDB serta proses transaksi
kewangan pada 2011.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman sebelum
ini dilaporkan akan memanggil semula Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah
Mansor berikutan pihak berkuasa memerlukan maklumat tambahan daripada pasangan
terbabit untuk membantu siasatan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 27 Ogos lalu, Najib hadir bersama peguamnya ke pejabat
AMLA, bagi membantu siasatan berhubung 1MDB sekitar jam 10 pagi.
Beliau sekali lagi hadir di unit berkenaan pada 30 Ogos
lalu, namun gagal dikesan pihak media selepas beliau dipercayai menggunakan
laluan belakang menara.
Sebelum ini, Najib berhadapan dengan tiga tuduhan pengubahan
wang haram mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan
Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA) dan empat
tuduhan lain berhubung dana RM42 juta milik SRC International yang berada dalam
akaun peribadinya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel