Connect with us

Berita Lain

Najib sekali lagi dipanggil SPRM berkaitan urus niaga 1MDB, IPIC


KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di
sini hari ini bagi memberi keterangan dipercayai berkaitan kes pembayaran
hutang dana pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MBD) kepada International
Petroleum Investment Co (IPIC).
Najib yang menaiki kenderaan Audi Q7 tiba pukul 1.53 tengah
hari di perkarangan SPRM.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Seawal pukul 12 tengah hari, puluhan media tempatan dan
antarabangsa berkampung di perkarangan ibu pejabat SPRM bagi membuat liputan.
Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Siregar
Abdullah juga turut dilaporkan perlu hadir ke ibu pejabat SPRM hari ini.
Najib telah didakwa di mahkamah atas 32 pertuduhan sebelum
ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 4 Julai lepas, beliau mengaku tidak bersalah di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan
satu  pertuduhan salah guna kuasa
membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Pada 8 Ogos lepas, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala
Lumpur atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta hasil daripada
aktiviti haram milik dana SRC International Sdn Bhd, dalam dua akaun miliknya,
empat tahun lepas.
Pada 20 September pula, Najib didakwa atas 21 pertuduhan di
bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan
dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amlatfa) dan empat pertuduhan di bawah Seksyen
23(1) Akta SPRM. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel