Connect with us

Berita Lain

Nazri: ‘Daripada ambil secara ‘runcit’, baik terus pimpin Umno’


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
menyokong penuh pelawaan agar Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad
menyertai semula Umno.
Menurut ahli Parlimen Padang Rengas tersebut,sokongan beliau
itu berdasarkan prinsip demi menjaga kepentingan Melayu, Islam dan negara.
Katanya, apa salahnya Dr Mahathir menyertai semula Umno jika
beliau terbukti boleh ‘membuat sesuatu’ untuk parti keramat Melayu itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita terbuka, kita sokong sebab Umno yang ada sekarang
ini adalah Umno Tun M, saya memang sokong penuh daripada cuba nak ambil ahli
Parlimen Umno secara runcit masuk Bersatu adalah lebih baik beliau datang terus
pimpin Umno yang merupakan Umno dia sendiri.
“Yang penting untuk kepentingan Melayu dan malaysia ,
jadi kalau dia menyebabkan orang Melayu dapat bersatu adalah baik, yang penting
ia untungkan Melayu, Islam dan kita bukan nak susahkan orang lain dan ini ke
arah perpaduan,” katanya kepada Sinar Harian.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung
Umno, Tan Sri Annuar Musa yang mempelawa Dr Mahathir menyertai Umno.
Kata Annuar, realiti sebenarnya  amat ramai ahli Umno termasuk beliau sendiri
amat sayang dan menghormati Dr Mahathir dengan hati yang tulus ikhlas.
Katanya mereka berjuang bersama puluhan tahun, rebah
berkali-kali membela Dr Mahathir dan Umno.
Dalam pada itu mengulas sama ada ada mana-mana pemimpin Umno
bertemu secara peribadi dengan Dr Mahathir bagi tujuan tersebut, Nazri berkata,
‘beliau tidak pasti mengenai perkara itu’. – Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel