Connect with us

Berita Lain

‘OKT ke-7 juga dakwa orang lain tawar wang untuk mengaku bunuh Kevin’

Najib Razak – Foto Sinar Harian

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan
dakwaan tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan Datuk Kevin Morais bahawa beliau
menawarkan RM3.5 juta kepadanya untuk mengaku melakukan pembunuhan itu sebagai
mengarut.
Menurut Najib, terdapat tujuh individu dituduh dalam kes
pembunuhan timbalan pendakwa raya berkenaan dan hanya tertuduh ke-7 membuat
dakwaan sedemikian.
“Hanya orang kena tuduh (OKT) yang ke-7 tiba-tiba
mendakwa saya menawarkan RM3.5 juta melalui seorang pegawai penjara yang tidak
dinamakan untuk mengaku membunuh Kevin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebelum menuduh saya, OKT 7 ini juga pernah menuduh
adik kepada Kevin Morais menawarkan RM2 juta kepadanya untuk mengaku membunuh
Kevin.
“Dan sebulan sebelum itu, OKT 7 juga mendakwa bahawa
(pakar patologi tentera) Dr Kunaseegaran yang turut didakwa dalam kes ini telah
menawarkan RM1.5 juta bagi mengaku membunuh Kevin.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Tuduhan OKT 7 ini untuk melibatkan nama saya nampaknya
sangat mengarut,” kata Najib dalam kenyataanya malam ini seperti dilaporkan portal Malaysikini.
Baca: Tertuduh dakwa ditawar RM1.5 juta untuk mengaku bunuh
Kevin Morais
Terdahulu, Bernama melaporkan tertuduh ketujuh yang didakwa
membunuh Kevin membuat pengakuan ditawar RM3.5 juta daripada Najib untuk
melakukan pembunuhan berkenaan.
S. Ravi Chandaran, 47, turut mengakui tawaran itu dibuat
melalui pegawai penjara dan selain itu turut menerima tawaran daripada adik
Kevin Morais sendiri iaitu Datuk Richard Morais untuk membuat pengakuan sama.
Ravi Chandaran yang juga saksi pembelaan keenam berkata
demikian ketika pemeriksaan balas peguam Datuk N.Sivananthan yang mewakili
pakar patologi tentera, Dr R. Kunaseegaran, pada prosiding membela diri hari
ke-24.
Semalam, dia mendakwa peguam Datuk N. Sivananthan yang
mewakili Dr R. Kunaseegaran telah menyuruhnya mengaku bersalah melakukan
pembunuhan itu.
Menurut Najib, mereka yang hanya membaca tajuk berita
Bernama pasti akan mendapati sesuatu yang pelik selepas membaca sepenuhnya
kandungan artikel tersebut.
“Editorial Bernama juga agak nakal dengan menggunakan
tajuk sensasi ala tabloid seperti itu dan nescaya mereka yang malas membaca
akan terus percaya pada tajuk itu semata-mata,” kata Najib.
Menurut Najib, pertama kali nama beliau dikaitkan dengan
pembunuhan Kevin dibuat oleh portal Sarawak Report yang mendakwa lelaki itu
dibunuh kerana terlibat dalam penyiasatan kes 1MDB ataupun SRC International
Sdn Bhd
“Pada masa itu, saya menganggap tohmahan Sarawak Report
ini juga amat mengarut kerana ramai yang terlibat dalam siasatan untuk setiap
kes.
“Tidak logik bahawa Kevin seorang yang dijadikan mangsa
tetapi ramai lagi yang menyiasat masih hidup, bukan?”
“Oleh kerana pasukan propaganda Pakatan bekerja kuat
dalam menanam kebencian terhadap saya, maka ramai termakan fitnah dan
mempercayai yang saya terlibat walaupun tidak logik sama sekali,” katanya.
Menurut Najib, pada akhir Mei lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM,
Datuk Seri Mohd Shukri Abdull turut menafikan tanggapan umum bahawa pembunuhan
Kevin mempunyai kaitan dengan kes dana RM2.6 bilion dan SRC International Sdn
Bhd mahupun 1MDB.
“Ini secara sangat jelas telah mematahkan fitnah dan
tohmahan Sarawak Report,” kata Najib.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel