Connect with us

Berita Lain

Pemilihan PKR: Azmin Ali jauh atasi Rafizi Ramli di Selangor

Foto: NST

SHAH ALAM —
Penangguhan pemilihan PKR di cabang Kuala Selangor ternyata tidak menyekat
penguasaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Selangor, apabila beliau mendahului
pencabar tunggalnya dalam saingan jawatan timbalan presiden, Mohd Rafizi Ramli
pada fasa terakhir pemilihan yang berlangsung di lima cabang semalam.
Ketua Koordinator PKR Selangor, Hassan Yusof berkata menteri
hal ehwal ekonomi itu mendapat sokongan daripada kesemua cabang berkenaan –
Tanjong Karang, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat.
Mohamed Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor
mendapat 4,138 undi sementara Mohd Rafizi memperoleh 2,097 undi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Keputusan ini bagaimanapun belum muktamad kerana masih ada
lagi undi tidak dapat masuk ke dalam sistem,” katanya kepada Bernama.
Ini menjadikan undian terkumpul diperoleh Mohamed Azmin
setakat ini di Selangor berjumlah 18,453 undi manakala Mohd Rafizi yang juga
naib presiden PKR memperoleh 15,045 undi.
Terdahulu, pemilihan parti di cabang Kuala Selangor yang
sepatutnya berlangsung hari ini terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain kerana
masalah ketiadaan isyarat telekomunikasi di pusat pengundian di Stadium
Tertutup Kuala Selangor.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Polis kemudian mengesahkan mengenai penemuan alat penghalang
isyarat telekomunikasi (jammer) di bahagian tempat duduk stadium berkenaan oleh
petugas Majlis Daerah Kuala Selangor ketika sedang melakukan kerja-kerja
pembersihan.
Pada fasa pertama dan kedua pemilihan di Selangor sebelum
ini, Mohamed Azmin mendapat sokongan daripada 10 cabang – Sabak Bernam, Sungai
Besar, Serdang, Subang, Kota Raja, Sepang, Gombak, Kuala Langat, Petaling Jaya
(PJ) Utara dan PJ Selatan – sementara Mohd Rafizi memperoleh sokongan daripada
enam cabang melibatkan Hulu Selangor, Kelana Jaya, Kapar, Klang, Puchong dan
Selayang.
Selangor mempunyai keanggotaan paling ramai disahkan layak
mengundi sebanyak 249,850 orang.
Dalam pada itu, kekalahan Mohd Rafizi kepada Mohamed Azmin
dalam saingan jawatan timbalan presiden di kubu kuatnya di cabang Pandan agak
mengejutkan meskipun bekas anggota Parlimen Pandan itu berjaya memenangi
jawatan ketua cabang apabila menewaskan tiga pencabarnya.
Bagi pemilihan di cabang Pandan, Mohd Rafizi memperoleh 508
undi sementara Mohamed Azmin mendapat 715 undi.
Namun, ketika mengulas mengenai kekalahan itu, Mohd Rafizi
berkata ia berlaku kerana pengundi dari cabang Ampang yang merupakan penyokong
Mohamed Azmin telah dipindahkan ke cabang Pandan. 
Bagi pemilihan di cabang Ampang pula, Ketua Wanita PKR
Zuraida Kamaruddin yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menang
tanpa bertanding jawatan ketua cabang. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel