Connect with us

Berita Lain

Pemilik Leicester City, empat lagi disahkan maut dalam nahas helikopter


LEICESTER, England – Pemilik kelab bola sepak Leicester
City, Vichai Srivaddhanaprabha, seorang bilionair Thailand disahkan maut dalam
nahas helikopter berhampiran Stadium King Power selepas perlawanan Leicester
City menentang West Ham pada Sabtu lalu.
Vichai adalah antara lima mangsa terbunuh dalam kejadian
helikopter terhempas yang telah berlepas dari tempat letak kereta berhampiran
Stadium King Po­wer itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Berita kematian Vichai dan empat lagi mangsa telah disahkan
oleh pihak kelab bola sepak, Leicester City dan polis.
“Dengan duka citanya dan perasaan penuh kecewa, kami
mengesahkan bahawa Pengerusi, Vichai Srivaddhanaprabha adalah antara mangsa
yang terbunuh pada petang Sabtu lalu apabila sebuah helikopter membawa beliau
dan empat penumpang lain terhempas berhampiran Stadium King Power,” kata
pihak kelab menerusi satu kenyataan rasmi hari ini. 


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara Polis Leicestershire melaporkan mangsa lain
dipercayai terbunuh dalam nahas helikopter itu adalah dua kakitangannya iaitu
Nursara Suknamai dan Kaveporn Punpare, juruterbang, Eric Swaffer serta seorang
penumpang, Izabela Roza Lechowicz.
Vichai, 60, yang mempunyai empat orang anak, mengasaskan
firma bebas cukai King Power International.
Beliau telah membeli kelab bola sepak itu pada tahun 2010.
Vichai yang melabur berjuta-juta pound sterling untuk kelab
berkenaan, kerap kali menaiki helikopternya apabila menyaksikan perlawanan
Leicester City di tempat sendiri. – Reuters

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel