Connect with us

Berita Lain

PM pengerusikan mesyuarat MB, KM ke-132 di Putrajaya


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini
mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-132 di
Perdana Putra di Putrajaya.
Ini merupakan mesyuarat pertama setelah Pakatan Harapan yang
dipimpin Dr Mahathir memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei,
lepas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mesyuarat yang bermula 10.30 pagi itu, turut dihadiri
beberapa menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar
serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir.
Antara menteri besar dan ketua menteri yang hadir ialah
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Selangor
Amirudin Shari, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri
Besar Perak Ahmad Faizal Azumu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Pahang, Kelantan dan Terengganu pula dihadiri wakil menteri
besar masing-masing.

Menteri kabinet yang turut menyertai mesyuarat itu antaranya
ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kewangan
Lim Guan Eng, Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad dan Menteri Pembangunan Luar
Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Mesyuarat kira-kira dua jam itu bertujuan untuk menyelaras
semua perkara di bawah bidang kuasa negeri dan persekutuan bagi memastikan
rakyat sentiasa diberi keutamaan. 
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel