Connect with us

Berita Lain

PM tiba di Bali untuk perhimpunan pemimpin ASEAN

Dr Mahathir dan isteri Dr Siti Hasmah tiba bagi menghadiri
Perhimpunan Pemimpin ASEAN di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai.
– Foto BERNAMA

BALI, Indonesia: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
tiba di Bali, Khamis, untuk menghadiri Perhimpunan Pemimpin-pemimpin ASEAN
(ALG) yang ulung, menjadikannya sebagai kepulangan nostalgia beliau ke
mesyuarat ASEAN di pulau peranginan ini selepas 15 tahun.
Persidangan ASEAN di Bali adalah acara terakhir beliau
mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan 10 anggota itu apabila menamatkan
jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 2003.
Ini adalah lawatan kedua Dr Mahathir ke Indonesia sejak
menjadi Perdana Menteri bagi kali kedua selepas Pilihan Raya Umum yang
bersejarah dicatatkan oleh Malaysia pada Mei lepas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sejurus ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang
Antarabangsa Ngurah Rai pukul 11.45 pagi ini (masa yang sama di Malaysia),
beliau disambut oleh Menteri Kerja Raya dan Perumahan Indonesia, Basuki
Hadimuljono.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Perdana Menteri diiringi Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali,
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; serta para pegawai dari Pejabat Perdana
Menteri dan Kementerian Luar.
Tema bagi ALG kali ini “Mencapai Matlamat Kemampanan
(SDG) dan Mengatasi Jurang Pembangunan menerusi Tindakan Kolaborasi Serantau
dan Global”.
Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucapan pada
perhimpunan itu di samping menghadiri jamuan malam rasmi yang dihos oleh
Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Para pemimpin ASEAN yang menghadiri perhimpunan itu ialah
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte,
Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei dan Perdana Menteri Thailand, Prayut
Chan-O-Cha.
Yang lain Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Perdana Menteri
Laos, Thongloun Sisoulith, Perdana Menteri Vietnam,, Nguyen Xuan Phuc dan
Presiden Myanmar, U Win Myint.
Perdana Menteri juga dijangka mengadakan perbincangan dua
hala dengan rakan sejawatan ASEAN pada sisi perhimpunan itu.
Memandangkan perhimpunan itu dibuat serentak semasa
mesyuarat tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia dari 8-14
Okt, para pemimpin ASEAN juga akan bertemu Pengarah Pengurusan IMF, Christine
Lagarde, Presiden Bank Dunia, Jim Yong Kim dan Setiausaha Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel