Connect with us

Berita Lain

Polis mulakan siasatan kes laporan pembantu peribadi Najib

Kenyataan Najib dalam laman Facebook rasminya yang
mengesahkan laporan polis yang dibuat oleh pembantunya semalam. – Foto FB Najib/Kosmo!

ISKANDAR PUTERI – Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi
Harun hari ini berkata pihaknya akan memanggil ahli politik terbabit untuk
memberi keterangan sekiranya perlu berhubung laporan polis yang dibuat pembantu
peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.
Menurut beliau, pihaknya mengesahkan telah menerima laporan
berkenaan dan siasatan akan dilakukan mengikut prosedur biasa.
“Laporan (itu) dibuat di (IPD) Sentul oleh pembantu
beliau (Najib) terhadap tokoh tokoh politik tertentu berkaitan dakwaan yang
dibuat (oleh ahli politik berkenaan).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jadi kita akan siasat dan ambil tindakan sewajarnya,
ini proses yang biasa,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan
Hari Sukan Negara Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Puteri Harbour Marina, di
sini, hari ini.
Fuzi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai
laporan polis pembantu Najib di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul petang semalam.
Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM
Komisioner Datuk Seri Wan Ahmad Najmudin Mohd, Pengarah Pengurusan PDRM Datuk
Seri Asri Yusoff dan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Mohd Kader Mohd.
Bekas Perdana Menteri 
itu dalam status Facebook rasmi beliau Khamis lepas (11 Oktober) telah
mengarahkan pembantunya membuat laporan polis bagi membolehkan satu penyiasatan
polis dijalankan membabitkan dakwaan bahawa beliau terbabit dalam kes
pembunuhan beberapa individu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ketika diminta mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad
mengenai kenyataan beliau bahawa ada sabotaj dalam kerajaan berhubung ahli
perniagaan Jho Low, Mohamad Fuzi berkata pihaknya tidak tahu wujudnya sabotaj
berkenaan.
“Saya pun tidak pasti siapa yang sabotaj…setahu saya
pihak PDRM tidak  terlibat dalam hal ini.
“Kami pun sedang mengesan dia (Jho Low) dan bapanya
termasuk meminta bantuan daripada Interpol banyak kali walaupun terdapat
masalah teknikal pada peringkat awal,” katanya.
Mohamad Fuzi berkata, pihaknya juga berhubung terus dengan
pihak Interpol untuk membantu mengesan dua beranak itu. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel