Connect with us

Berita Lain

Rafizi tuntut keputusan pemilihan PKR Labis dibatalkan

Rafizi Ramli – Foto Sinar Harian

Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli hari ini meminta
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) parti itu membatalkan keputusan pemilihan
pusat cabang Labis.
Rafizi, kini menjawat jawatan naib presiden, mendakwa
terdapat campur tangan pengawas JPP yang mengundi bagi pihak anggota parti.
Dalam satu laporan kepada Pengerusi JPP Datuk Rashid Din dan
Pengerusi Jawatankuasa Aduan Pemilihan Pusat Dr Syed Husin Ali, Rafizi mendakwa
kelemahan utama pengendalian pemilihan setakat ini bukanlah berpunca dari
sistem pengundian elektronik (e-undi).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebaliknya apabila pengawas-pengawas JPP secara
terang-terangan merayu undi (dengan mengambil senarai calon lawan dan digantikan
dengan senarai calon lain di dalam dewan pengundian),” dakwa Rafizi.
Beliau mendakwa mempunyai klip video “bukti” bagaimana
pengawas JPP berada di tepi pengundi-pengundi untuk memberi arahan calon mana
perlu diundi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Malah ada yang mengundi sendiri bagi pihak
pengundi,” dakwanya lagi.
Semalam di pemilihan negeri Johor, Rafizi ketinggalan kepada
pesaing dan juga penyandang Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali dengan
majoriti 827 undi.
Azmin mendapat 5,852 undi diikuti Rafizi hanya mendapat
5,025 undi.
Rafizi berkata akan menghantar laporan lengkap bagaimana JPP
dari cabang-cabang lain di luar Johor yang ditempatkan “sehingga memberi
kemenangan yang meragukan”.
“Oleh kerana kejadian di Labis ada bukti-bukti yang
kukuh, saya dengan ini membuat permohonan rasmi agar keputusan pemilihan di
cabang Labis semalam dibatalkan,” tegasnya.
Surat aduan Rafizi turut ditujukan kepada dua pemimpin
paling kanan parti – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Anwar
Ibrahim – dan Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Isu sama di Tebrau, Ledang dan Pontian
Sementara itu, Naib Pengerusi PKR Melaka G Rajendran menyeru
JPP membatalkan keputusan di tiga cabang lain di Tebrau, Ledang dan Pontian.
“Selaku saksi terhadap manipulasi yang dilakukan oleh
pengawas JPP, saya meminta keputusan Labis, Tebrau, Ledang dan Pontian
dibatalkan serta-merta,” dakwa beliau.
Timbalan Pengerusi Cabang Serdang R Suresh Kumar pula
meminta Rafizi dan penyokongnya memboikot pemilihan kali ini, susulan dakwaan
ditimbulkan.
“Pada pandangan saya intergriti JPP sangat tercemar,”
katanya. – Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel