Connect with us

Berita Lain

Ramai lagi Ahli Parlimen UMNO akan keluar parti, kata Azmin

Azmin Ali berucap pada Pidato Malaysia Baharu di Hotel
Permai, Kuala Terengganu malam tadi. – Foto Kosmo!

KUALA TERENGGANU – Anggota Parlimen Gombak, Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali menjangkakan jumlah anggota Parlimen daripada UMNO akan
semakin menyusut menjelang akhir bulan ini.
Berucap pada Pidato Malaysia Baru sempena pemilihan PKR di
sini malam tadi, beliau berkata daripada 49 anggota Parlimen UMNO ketika ini,
akan tinggal ‘tiga, empat kerat sahaja’.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Keadilan (PKR) hari ini adalah blok terbesar di
Parlimen. PKR ada 51 anggota Parlimen, DAP mempunyai 42 anggota Parlimen, UMNO
ada 49 orang. Esok mungkin 40 orang, kemudian 20 orang dan hujung bulan ini
tinggal tiga empat kerat sahaja,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, ketika ditemui
media selepas program itu, menjelaskan bahawa kenyataan itu adalah berdasarkan
penilaiannya terhadap Perhimpunan Agung UMNO yang baru berakhir yang kelihatan
lemah tanpa pendirian tegas dalam menentukan hala tuju parti tersebut.
Dalam mengajak anggota PKR menyokongnya dalam pemilihan PKR
yang berlangsung Jumaat ini di Terengganu, Mohamed Azmin yang bertanding
jawatan timbalan presiden berkata sekiranya diberi mandat beliau akan memberi
sepenuh perhatian dalam memberi kebajikan kepada rakyat serta mengatur strategi
menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.
Mengenai tindakan pencabarnya Rafizi Ramli yang kadang kala
melontarkan pelbagai dakwaan yang bagaikan mempertikai kesetiaannya terhadap
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin berkata Rafizi perlu
meneliti bagaimana perjuangannya (Azmin) sejak 1998 yang melalui pelbagai
ranjau dalam mempertahankan Anwar.
Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Zuraida Kamaruddin yang bertanding jawatan naib presiden, berkata anggota PKR
perlu memilih kepimpinan utama parti itu berdasarkan komitmen menyatukan
anggotanya bukan memecah belahkan atas kepentingan peribadi. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel