Connect with us

Berita Lain

RMK11: Malaysia perlukan reformasi berani, kata Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan
bahawa reformasi berani yang menyahut kehendak rakyat adalah penting untuk
mencapai visi Malaysia menjadi negara maju dan inklusif.
Perdana menteri menarik perhatian bahawa pada dasarnya
peralihan politik yang berlaku susulan pilihan raya umum 9 Mei lepas
mencerminkan harapan rakyat ke arah ketelusan, akauntabiliti fiskal dan
reformasi sosio-ekonomi lebih meluas.
Reformasi ini, katanya, perlu sekiranya Malaysia berhasrat
untuk pulih, membangun semula dan muncul kembali sebagai negara yang bangga
dengan pencapaian dan kemampuan untuk bersaing pada peringkat paling tinggi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Langkah  reformasi
ini termasuk menambah baik tadbir urus, mempercepat inovasi, melonjak
produktiviti dan meningkatkan industri dalam rantaian nilai lebih tinggi,” kata
Dr Mahathir dalam prakata laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia
ke-11 (RMK11) yang dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi hari ini.
Beliau berkata usaha itu juga meliputi langkah mempertingkat
kesejahteraan hidup rakyat terutama dalam kalangan isi rumah berpendapatan 40
peratus terendah (B40) dan mencapai pertumbuhan inklusif.
Menurut Dr Mahathir, Kajian Separuh Penggal RMK11 itu dibuat
bertujuan mereformasi dasar sedia ada dan menggaris sasaran sosioekonomi yang
disemak semula bagi tempoh 2018-2020 dengan mengambil kira aspirasi kerajaan
baharu, cabaran ekonomi dan trend global semasa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata usaha akan ditumpu bagi merangsang
pertumbuhan ekonomi di samping memastikan manfaat lebih besar kepada semua
lapisan masyarakat.
“Dalam hubungan ini, prinsip tadbir urus yang baik, insitusi
yang mantap serta integriti dan akauntabiliti yang lebih tinggi akan diperkukuh
meliputi seluruh pentadbiran kerajaan baharu bagi mencegah rasuah, ketirisan,
penyelewengan dan salah guna kuasa,” kata perdana menteri.
Dr Mahathir seterusnya berkata Malaysia Baharu perlu
mempamer kekuatan, keyakinan dan harapan, dan beliau yakin dengan mandat yang
diberi rakyat, negara akan melangkah ke hadapan dengan yakin dan berani.
“Harus diingat satu ketika dahulu kita pernah digelar
sebagai Harimau Asia. Untuk bangkit semula kita perlu menjajar semula tumpuan
dan menyesuaikan strategi kita,” katanya. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel