Connect with us

Berita Lain

RMK11: Tak benar BN boros, hutang negara kuncup – Najib


Kenyataan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang
sering mendakwa hutang negara berjumlah RM1 trilion boleh menyebabkan Malaysia
rugi kerana menimbulkan kesangsian di kalangan pelabur terhadap keadaan ekonomi
negara.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kajian
separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) untuk 2016 sehingga 2020
dibentangkan di Dewan Rakyat semalam membuktikan hutang negara berjumlah hanya
RM688 bilion mengikut tarif antarabangsa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata, definisi hutang RM1 trilion yang sering
disebut pemimpin kerajaan HARAPAN tidak mengikut tarif antarabangsa kerana
memasukkan dua unsur tambahan, iaitu liabiliti luar jangka serta pembayaran
pajakan.
“Dokumen HARAPAN semalam mengesahkan apa yang BN perkatakan
selama ini, saya tidak pernah berganjak bahawa itulah (RM688 bilion) hutang
negara sebenar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kalau sebut RM1 trilion itu, ini akan mendatangkan reaksi
di kalangan pelabur dan pasaran global sangsi terhadap keadaan ekonomi negara
kita yang hanya akan merugikan Malaysia.
“Apa pun kita hendak buat walaupun hendak main politik,
jangan korbankan kepentingan negara,” katanya kepada pemberita selepas makan
tengah hari dan meninjau Medan Makan D’ Kuala, di Kuala Pahang dekat Pekan,
hari ini.
Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan berkata, kajian
separuh penggal RMK11 yang dibentangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
semalam juga membuktikan bahawa hutang negara yang berada pada tahap 50.4
peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini semakin menguncup
berbanding 54 peratus tiga tahun lalu.
“Ini bererti bahawa satu lagi tuduhan mereka bahawa kerajaan
BN boros adalah tidak benar sebab kalau boros hutang kita meningkat tetapi
hutang kita sebaliknya menguncup.
“Ia bermakna kita telah mentadbir negara dengan sikap
bertanggungjawab, kita tidak boleh mengurangkan secara mendadak sebab perlu
pinjaman untuk pembangunan negara,” katanya. 
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel