Connect with us

Berita Lain

Rosmah dijangka dipanggil SPRM esok, khuatir ditahan


Isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor
dijangka dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali
lagi esok.
Sumber yang rapat dengan isteri bekas presiden Umno itu
berkata, peguam Rosmah, Geethan Ram Vincent menerima panggilan SPRM pukul 6
petang tadi dan memaklumkan Rosmah perlu hadir 11 pagi esok di ibu pejabat
suruhanjaya berkenaan.
Sumber itu berkata, ia mungkin kali terakhir Rosmah
dipanggil untuk disoal siasat dan terdapat kemungkinan Rosmah ditahan esok.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sekiranya Rosmah ditahan esok, ia bererti beliau mungkin
didakwa di mahkamah pada Khamis, hari sama pengurusan kes suaminya, Datuk Seri
Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, sumber SPRM mengesahkan kepada portal Malaysiakini
bahawa Rosmah akan hadir di ibu pejabat mereka pada 10 pagi esok.
Sekiranya Rosmah hadir di ibu pejabat SPRM esok, ia
merupakan kali ketiga suruhanjaya itu memanggil Rosmah untuk disoal siasat.
Kali terakhir Rosmah disoal siasat sehingga hampir 13 jam.
Sebelum ini, media melaporkan Rosmah mungkin berdepan
sehingga 20 pertuduhan.
Selain SPRM, polis turut dijangka menyoal siasat Rosmah
berhubung barang kemas yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan Najib. – 
Malaysiakini 

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel