Connect with us

Berita Lain

Saleem Iklim akhirnya sudah tiada


Penyanyi Saleem Iklim meninggal dunia di Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira pukul 6 pagi Sabtu.
Berita sedih itu disahkan oleh anaknya Iera Fakhira yang
meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan Allahyarham, lapor mStar Online hari ini.
Saleem atau nama sebenarnya A.M Saleem Abdul Majeed, 57,
cedera parah dalam satu kemalangan pada 12 September lalu di Bandar Mahkota
Cheras.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Motosikal ditunggangnya dikatakan melanggar kereta ketika
keluar rumah untuk ke kedai berdekatan menyebabkan 12 tulang rusuk patah
manakala salah satunya tertusuk paru-paru.
Allahyarham kemudian dimasukkan ke hospital Kajang dalam
keadaan koma sebelum dipindahkan ke PPUKM untuk rawatan lanjut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Allahyarham yang juga bekas vokalis kumpulan Iklim popular
pada tahun 1990-an menerusi lagu Suci Dalam Debu.
Salah seorang anaknya bagi perkahwinan pertama iaitu Syafiq
Farhain juga seorang artis.

Memetik portal Harian Metro, dalam kejadian di Kilometer (km) 16, Lebuhraya Grand Saga
itu, 12 tulang rusuk Saleem patah termasuk satu daripadanya tertusuk paru-paru.

Kemalangan berlaku pada 3.20 petang apabila Saleem yang
menunggang motosikal dari arah Kajang menghala ke Cheras dilaporkan terbabit
kemalangan dengan kereta dari arah laluan yang sama berhampiran Plaza Tol Batu
11, Kajang.
Ketika kejadian, pemandu kereta dilaporkan cuba membelok ke
kiri untuk masuk ke susur pejabat Grand Saga di Plaza Tol Batu 11, sebelum sisi
kiri bahagian hadapan keretanya dirempuh oleh motosikal Saleem.
Jenazah akan dibawa ke Surau As-Syakirin di Bukit Mahkota
Cheras untuk disembahyang dan bakal dikebumikan di tanah perkuburan Islam di
kawasan yang sama pada Sabtu. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel