Connect with us

Berita Lain

‘Saya sayang Mahathir umpama bapa saya’, kata Anwar

Anwar bersama Dr Mahathir malam ini. – Foto Sinar Harian

PORT DICKSON – Calon PH di PRK Parlimen Port Dickson, Datuk
Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau menyayangi Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad umpama bapanya.
Beliau membuat pengakuan itu di hadapan ribuan rakyat Port
Dickson dalam Ceramah Mega Mahathir – Anwar, sebentar tadi.
Malah Anwar sekali lagi menegaskan beliau merasakan Dr
Mahathir merupakan individu paling tepat untuk memimpin Malaysia pada masa
sekarang, lapor Sinar Harian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dalam keadaan sekarang lebih baik Tun Mahathir pimpin
negara ini. Saya sebut ini dengan ikhlas.
“Saya sayangkan beliau seperti bapa dan pemimpin. Sekarang,
saya terima beliau adalah individu terbaik untuk memimpin Malaysia,” katanya
ketika berucap di dalam ceramah tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Secara berseloroh, bekas Timbalan Perdana Menteri itu
mengatakan kunjungan Dr Mahathir ke Port Dickson adalah kerana ‘semaraknya
kasih yang terbekam sejak dulu’.
“Sebagai Perdana Menteri, beliau tak pernah datang kempen
PRK. Bila dia datang sini, saya rasalah kasih yang terbekam dulu semarak
semula.
“Saya tahu dia tegas walaupun nampak selalu senyum dan
sikapnya juga keras. Bila dia ambil keputusan, ia selepas mengambil kira
pelbagai perkara.
“Untuk semua itu, saya berikan penghormatan saya kepada anda
Dr Mahathir,” ujarnya.
Tambah Anwar lagi, gandingan Mahathir – Anwar merupakan
antara yang bersejarah, gandingan yang luar biasa mantapnya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel