Connect with us

Berita Lain

Sekat Mufti Perlis: Terengganu serah pada JHEAT


KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu tidak akan campur
tangan berhubung larangan yang pernah dikeluarkan terhadap Mufti Perlis, Datuk
Mohd. Asri Zainul Abidin untuk mengadakan ceramah di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan
Penerangan Terengganu, Mohd. Nor Hamzah berkata, kerajaan negeri menyerahkan
kepada pihak berautoriti iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) untuk membuat keputusan
terbaik berkaitan perkara itu setelah larangan dikeluarkan sejak Julai 2016.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Setakat ini, saya tiada maklumat baharu tentang
senarai hitam penceramah di Terengganu dan saya rasa keterbukaan kerajaan
negeri setakat ini berasaskan kepada suasana yang ada.
“Namun kerajaan negeri serahkan perkara ini kepada
pihak beratutoriti untuk membuat keputusan mengenainya kerana mereka sudah
tentu menyelidik dan menyiasat sesiapa sahaja penceramah bagi memastikan adanya
kesatuan pemikiran dan tidak timbul kecelaruan dalam pemikiran rakyat
Terengganu,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan
Muzakarah Perundangan Islam Negeri Terengganu 2018 di Wisma Darul Iman, di
sini, hari ini. Turut hadir Mufti Terengganu, Datuk Dr Zulkifly Muda dan Yang Dipertua
Maidam Datuk Osman Muda.
Pada 16 Julai 2016, Terengganu mengikut jejak langkah negeri
Johor apabila mengeluarkan larangan ke atas Mohd. Asri daripada mengadakan
ceramah di negeri ini berkuat kuasa serta merta.
Larangan itu berdasarkan sepucuk surat bertarikh 5 Julai
2016 yang ditandatangani Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu selaras dengan
Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Tauliah (Terengganu) 2013.
Bagaimanapun, surat tersebut tidak menyatakan sebab atau
alasan larangan itu dikeluarkan ke atas Mohd. Asri.
Larangan itu turut dikenakan ke atas sesiapa sahaja agar
tidak mengundang Mufti Perlis itu sebagai penceramah dalam sebarang program di
negeri ini. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel