Connect with us

Berita Lain

Sertai Bersatu tak dibuat tergesa-gesa, hampir sebulan istikharah, kata Tok Pa


Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata
penyertaan beliau ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak
dilakukan secara tergesa-gesa.
Malah, bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata
beliau telah memikirkan perkara berkenaan semasak-masaknya sepanjang sebulan
menjadi wakil rakyat bebas.
“Hampir sebulan saya melakukan solat sunat istikharah dan
solat sunat hajat selain perbincangan dengan beberapa pihak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ia bukan satu keputusan yang dibuat dengan cara
tergesa-gesa dan saya bersyukur tindakan yang diambil adalah tepat,” katanya
kepada sumber di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di
Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Mustapa menyertai Bersatu pada Jumaat lepas selepas
menyerahkan borang keanggotaan kepada Pengerusi Bersatu yang juga Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu majlis di Petaling Jaya.
Susulan tindakan Mustapa itu, landskap DUN Kelantan yang
mempunyai 45 kerusi berubah dengan 37 kerusi dikuasai PAS, tujuh oleh Barisan
Nasional (BN) dan satu Pakatan Harapan (PH).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Mengulas mengenai gesaan beberapa Anggota Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Kelantan yang menggesa Mustapa yang juga ADUN Air Lanas menjadi
‘jambatan’ antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan berhubung tuntutan
royalti, Mustapa berkata beliau merupakan ‘orang baharu’ dalam PH.
“Perkara tersebut perlu dibincangkan oleh pihak berkenaan
dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) dan sebagai
orang baharu saya kena lihat dahulu perkara berkenaan.
“Namun, melalui persidangan DUN saya akan dapat mengumpulkan
maklumat (dari Kelantan) dan akan memaklumkannya kepada pemimpin di Kuala
Lumpur,” katanya.
Katanya beliau akan membantu sebaik mungkin Timbalan Menteri
Hal Ehwal Ekonomi Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin yang merupakan satu-satunya
anggota Kabinet dari Kelantan.
“Saya dah jumpa Mohd Radzi yang merupakan satu-satunya wakil
Kelantan (dalam Kabinet) dan saya akan bantu beliau sebaik mungkin agar segala
hasrat kerajaan dapat dilaksanakan dengan baik.
“Sudah pasti saya akan tunjukkan penghijrahan saya membawa
faedah dan beberapa hari lepas saya ada mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan
Bersatu Kelantan bagi membincangkan hala tuju (kerajaan persekutuan di
Kelantan),” katanya. – 
Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel