Connect with us

Berita Lain

Siasatan awal punca kematian tiga beranak lemas di dalam Sungai Arau tiada unsur jenayah

Ketiga-tiga mayat anak beranak yang ditemui maut kelmarin
dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk dibedah siasat
semalam. – Foto MUHAMAD IQBAL ROSLI/Kosmo!

KANGAR – Bedah siasat yang dibuat oleh tiga pakar forensik
terhadap tiga mayat sekeluarga yang lemas di dalam Sungai Arau pada Rabu
mendapati tiada kecederaan fizikal pada tubuh 
mereka yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.
Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Perlis Senior Asisten
Komisioner Noor Mushar Mohamed berkata, bagaimanapun punca kematian hanya boleh
dimuktamadkan selepas analisis toksikologi dibuat oleh Jabatan Kimia dalam masa
beberapa hari lagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mayat Norzalina Baharom, 35, ibunya Norma Pin, 64, dan
bapanya, Baharom Ahmad, 66, selesai dibedah siasat di Unit Forensik Hospital
Sultanah Bahiyah Alor Setar, petang semalam.
Mayat Baharom ditemui di pintu tali air Sungai Tambun Tulang
di Simpang Empat kira-kira 10 kilometer dari tempat mayat isterinya, Norma
ditemui di dalam sungai sama manakala mayat Norzalina ditemui di dalam Sungai
Arau berdekatan Kampung Belat Batu antara 8.35 pagi hingga 12.10 tengah hari.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Semalam polis mendapat perintah menahan reman anak lelaki pasangan
itu, Mohd Zali, 37, yang naik ke darat selepas terjun ke dalam Sungai Arau
bersama tiga anggota keluarganya bagi membantu siasatan.
Lokasi rumah berdasarkan alamat pada kad pengenalan mangsa
yang ditemui maut dalam Sungai Arau ini terletak di Sungai Petani, Kedah. – Foto Kosmo!

Mohd Zali yang pulang ke Sungai Petani dengan menaiki kereta
api dari Arau pada pagi Khamis, ditahan di Taman Ria Sungai Petani tengah
malam, hari yang sama.

Misteri kematian tiga beranak itu terjawab selepas Mohd Zali
membuat pengakuan kepada polis punca mereka mengambil tindakan itu dengan
meminum racun dan terjun ke dalam sungai di Kampung Bakong Arau pada pukul 2.45
pagi Rabu lepas.
Noor Mushar berkata suami Norzalina, Othman Ramli, 39, dan
seorang cucu saudara allahyarham Norma, Nor Malia Ahmad, 31, telah membuat
pengecaman dan mengesahkan identiti ketiga-tiga mangsa. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel