Connect with us

Berita Lain

Sila kemuka bukti jika polis lesapkan RM43.3 juta



KUALA LUMPUR: Dakwaan mengatakan polis melakukan penyelewengan sebanyak RM43.3 juta daripada RM114 juta berkaitan rampasan di Pavilion Residences, Bukit Bintang yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap sebagai tuduhan berat.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, dakwaan tersebut mencalar kredibiliti pasukan memandangkan kes berkenaan merupakan kes berprofil tinggi.

Katanya, setiap tindakan yang diambil dilaksanakan dengan teliti dan turut melibatkan pihak pengurusan Pavilion Residences dan Bank Negara Malaysia.
“Ianya bagi mengelakkan sebarang pertikaian di kemudian hari.
“Malah semua pegawai dan anggota yang dipilih untuk menjalankan penggeledahan dan rampasan telah ditaklimatkan dengan terperinci oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh bagi memastikan mereka menjalankan tugas mengikut lunas undang-undang,” katanya melalui kenyataan media, Isnin.

Sehubungan itu beliau berkata, mana-mana individu yang mempunyai bukti mengatakan polis melakukan penyelengan itu tampil membuat laporan polis.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau bukti kukuh bagi menyokong dakwaan yang dimaksudkan di minta membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan. Tindakan ini wajar bagi membersihkan nama dan imej Polis Diraja Malaysia,” katanya.-SinarHarian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel