Connect with us

Berita Lain

Sila siasat tuduhan pembunuhan kaitkan saya, kata Najib

Najib Razak


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengalu-alukan
gesaan supaya kes pembunuhan berprofil tinggi Altantuya Shaariibuu, Kevin
Morais dan Hussain Najadi dibuka kembali dan suatu pasukan siasatan khas
dibentuk.
“Sudah melangkaui sepuluh tahun, saya dituduh oleh
Pakatan dan pakar propaganda mereka bahawa saya terlibat dalam kes pembunuhan
Altantuya, Kevin Morais dan Hussain Najadi.
“Oleh itu, sudah tiba masa untuk keadilan diberikan
kepada saya. keluarga mangsa dan memberi ruang kepada semua rakyat Malaysia
yang pernah menuduh dan memfitnah saya, menginsafi apa yang mereka lemparkan
selama ini,” kata bekas presiden Umno itu pada hantaran di Facebook hari
ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan menjawab gesaan
pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang menyatakan misteri tiga kes tersebut
serta kematian bekas pembantu ADUN DAP Teoh Beng Hock akan terus menjejaskan
reputasi Malaysia.
Najib turut meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
menyokong gesaan berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mengenai pembunuhan pengasas AmBank Hussain Najadi, Najib
berkata Lim merupakan antara pihak yang cuba membabitkan dirinya dalam kes itu.
‘Kit Siang kaitkan pembunuhan dengan skandal 1MDB’
Pada 2015, Lim menuntut agar kes itu dibuka semula untuk
memastikan jika terdapat sebarang perkaitan antara pembunuhan itu dan skandal
1MDB yang membabitkan Najib.
“Mendiang Hussain Najadi dibunuh oleh pembunuh upahan
pada bulan Julai 2013. Selama tempoh dua tahun, tidak ada seorang pun yang
menuduh saya.
“Tetapi pada bulan Julai 2015, iaitu selepas isu RM2.6
bilion itu mula tersebar, Kit Siang, anak mangsa Pascal Najadi dan Sarawak
Report mula menanam jarum fitnah dengan melibatkan nama saya dalam pembunuhan
Hussain hanya kerana dia ialah pengasas Ambank dan mendiang kononnya dibunuh
kerana bakal membongkar tentang kemasukan wang RM2.6b itu,” katanya dalam
hantaran media sosial itu.
Desas-desus jika pembunuhan Hussain berkait dengan skandal
1MDB tercetus selepas pendedahan yang mendakwa AS$700 juta (pada waktu itu
nilai tukaran RM2.6 bilion) telah dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri
ketika itu, Najib Razak.
Ketua polis negara semasa itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar
menafikan sebarang perkaitan antara pembunuhan tersebut dengan kes 1MDB.
Tidak tahu mengapa dibunuh
Najib juga menjelaskan Hussain telah menjual sahammnya di
Ambank pada 1982 dan mempersoalkan kenapa kesemua pegawai Ambank dan Bank
Negara yang didakwa tahu mengenai deposit RM2.6 bilion itu masih lagi hidup.
“Untuk makluman semua, mendiang Hussain Najadi telah
menjual semua sahamnya dalam Ambank pada tahun 1982 dan tidak lagi mempunyai
sebarang kaitan dengan bank itu selama 31 tahun sehingga mendiang dibunuh
dengan kejam.
“Saya tidak tahu mengapa Hussain dibunuh kerana
kononnya tahu tentang isu RM2.6 bilion. Agak pelik kerana kesemua
pegawai-pegawai Ambank dan BNM yang juga tahu tentang kemasukan wang ini semua
masih hidup lagi?
Bekas perdana menteri juga mengalu-alukan siasatan terhadap
kes pembunuhan itu.
“Semua kertas siasatan dan kuasa agensi-agensi siasatan
untuk ketiga-tiga kes pembunuhan ini ada pada tangan kerajaan HARAPAN.
“Tiada sebab mereka tidak mengambil langkah itu tanpa
lengah dan dengan segera melainkan mereka masih ada rancangan untuk menggunakan
isu ini pada masa depan untuk terus memfitnah saya.
“Perlu diingati bahawa angkara fitnah itu lebih besar
dosanya daripada pembunuhan. Oleh itu, saya mahu semua tuduhan-tuduhan
pembunuhan terhadap saya disiasat dan diputus supaya kita tahu siapa yang
benar-benar berdosa,” kata Najib. – Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel