Connect with us

Berita Lain

Skandal felda: Ikutkan ramai ‘masuk ke dalam’, kata Azmin


Biarpun mahu mendedahkan segala kecurangan pengurusan
terdahulu Felda kepada umum, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin
Ali terpaksa akur untuk tidak mendedahkan beberapa perkara melibatkan pelaburan
luar negara yang sedang dalam siasatan SPRM.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tentang
tadbir urus Felda oleh seorang penonton yang juga merupakan anak Felda ketika
program Bicara Minda di Dewan Karangkraf Shah Alam.
“Kalau ikutkan saya, ramai yang dah kita hantar ke dalam
(penjara). Tapi kita sebuah kerajaan yang mematuhi the rules of law, ada
prosesnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dalam penyediaan kertas putih yang akan kita bentangkan di
Parlimen, kita telah dinasihati SPRM untuk tidak memasukkan beberapa perkara
melibatkan pelaburan di luar negara kerana sedang disiasat.
“Kita hormati. Kita jangan gopoh-gapah dan tergesa-gesa,
beri masa kepada pihak berkaitan melakukan siasatan supaya pendakwaan dibuat
cukup kuat agar orang yang rasuah dan salah guna kuasa ini dapat diheret ke
muka pengadilan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebelum ini, isu kertas putih Felda ini pernah dibangkitkan
Azmin di mana beliau memberitahu bahawa pembentangannya akan dilakukan dalam
sesi persidangan Dewan Rakyat 15 Oktober ini.
Kata beliau, masalah tunai yang dihadapi Felda adalah amat
kritikal, dan tumpuan lembaga pengarah serta pengurusan Felda yang baharu
adalah terhadap pemulihan kedudukan aliran (kewangan) Felda dengan menstrukturkan
semula hutang Felda.
Ketika berucap dalam program Bicara Minda Karangkraf
berjudul “Ekonomi: kesejahteraan untuk semua,” isu kertas laporan itu
kembali dibangkitkan beliau.
Malah ketika ditanya oleh moderator Tan Sri Johan Jaaffar
tentang kenyataan pengerusi Felda baru Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor
yang mendakwa kedudukan tunai Felda hampir kosong, Azmin menjawab sebenarnya ia
‘lebih teruk daripada itu’.
“Ketika mula-mula diberi tanggungjawab oleh perdana menteri,
saya terkejut dengan kecurangan dalam Felda yang akhirnya membebankan 120 ribu
peneroka Felda seluruh negara.
“Lihat saja saham Felda Global Ventures (FGV) sekarang
merudum dari RM4.80 kepada hanya RM1.30. Pemimpin-pemimpin politik dah jual
lama saham ini, yang sengsara ialah peneroka Felda,” katanya lagi. – Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel