Connect with us

Berita Lain

Tarif elektrik tidak naik walau kerap diusulkan, kata menteri

KUALA LUMPUR, 20 Okt 
— Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo
Bee Yin berkata kerajaan tidak akan menaikkan tarif elektrik dalam usahanya
memacu agenda kecekapan tenaga.
Sehubungan itu katanya sebarang gesaan melibatkan kenaikan
tarif atas alasan mendorong rakyat mengurangkan penggunaan elektrik  tidak akan diterima.
“Setiap kali saya berjumpa pemain industri tenaga, mereka
akan mengusulkan kenaikan tarif  atau
laksanakan kos reflektif (kadar berdasarkan kos sebenar) tetapi ada masanya
anda harus lihat dari perspektif kerajaan yang sedar ramai yang tidak mampu
menanggung kos hidup.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Justeru, cadangan itu tidak begitu berkesan kerana walaupun
mungkin ada sesetengah yang menerima manfaat, pada masa sama cara tersebut
menyusahkan lebih ramai lagi golongan berpendapatan rendah.
“Saya tidak kata tidak akan ada kenaikan kerana keadaan
bergantung pada harga minyak dunia dan kita sememangnya sangat bergantung pada
bahan api fosil ini, namun kita tidak akan menyusahkan rakyat hanya kerana mahu
memacu agenda hijau,” katanya pada sesi town hall mengenai kecekapan tenaga, di
sini hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada sidang media kemudian, Yeo yang ditanya sama ada
kerajaan akan memperkenalkan cukai karbon bagi mengawal pelepasan karbon,
berkata perkara itu tiada dalam perancangan kementerian.
“ sebenarnya ada banyak lagi yang boleh kita lakukan
berhubung perubahan iklim seperti menukar campuran (bahan api) penjanaan
elektrik kepada tenaga boleh diperbaharui bagi membolehkan kita mengurangkan
keamatan karbon sebanyak 49 peratus menjelang 2030.” katanya.
Pada acara itu Yeo turut melancarkan Pelabelan Keamatan
Tenaga Bangunan Kebangsaan bagi Bangunan Kerajaan, satu program yang bertujuan
mengoptimumkan tahap penggunaan tenaga 
bangunan kerajaan di negara ini dan mengurangkan bil utiliti kerajaan.
“Label ini yang dilekatkan pada bangunan, menerangkan serta
berkonsi maklumat tentang penggunaan 
tenaga bangunan dan label ini mengandungi penarafan bintang dengan satu
bintang sebagai paling tidak cekap dan lima bintang paling cekap,” katanya.
Beliau berkata program akan dilaksana secara berperingkat
melibatkan beberapa fasa dengan fasa pertama dijadualkan penghujung tahun ini
membabitkan 50 bangunan pelbagai kementerian. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel